Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gagal Seludup Gading Bernilai...

Sepang - Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan dua kes penyeludupan gading gajah...

Mahkamah Arah Suspek Kes...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan suspek utama kes...

Rogol Gadis Bawah Umur:...

PUTRAJAYA - Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan...

Rakyat Belanja Lebih RM100...

KETIKA ada pihak membuat cerita kononnya rakyat Malaysia hidup melarat tidak mampu membeli-belah,...

Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di China Jadi Tular

BEIJING – Sebut sahaja nama China, ramai mungkin kenali negara itu dengan pelbagai barangan tiruan popular malahan tahun lalu, dunia gempar apabila terbongkar ratusan universiti palsu.

Bukan itu sahaja, seni bina bangunan moden ikonik di China pernah cetus kontroversi selain jadi bahan jenaka antaranya Stadium Olimpik seperti sarang burung dan Kompleks Stesen Televisyen China seumpama seluar.

Terbaharu sehingga tular dalam kalangan netizen seluruh dunia apabila media China melaporkan Perpustakaan Binhai di Tianjin dekat sini yang baru dibuka bulan lalu tetapi sebenarnya lebih indah khabar daripada rupa.

Bangunan setinggi enam tingkat yang berbentuk arca itu mencetuskan kritikan netizen apabila ramai pengunjung mendakwa ‘tertipu’ dengan imej buku disusun di rak walhal sebetulnya ia hanya cetakan dinding dua dimensi.

Rupa-rupanya ia cuma gimik suasana ruang legar utama perpustakaan baharu tersebut yang ketika ini memiliki kira-kira 200,000 judul buku sahaja diletakkan di rak ditetapkan di bahagian dalam bangunan berkenaan.

Menurut Timbalan Pengarah Perpustakaan Binhai, Liu Xiufeng, pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan buku dipamerkan di kawasan atrium utama yang direka khusus untuk pengunjung duduk, pembacaan dan perbincangan.


Ini mengakibatkan ramai netizen mengkritik hasil karya firma arkitek terkenal, MVRDV dari Belanda yang membina perpustakaan tersebut kerana berjaya ‘memperdayakan’ masyarakat dengan rekaan berkonsepkan futuristik itu.

Meskipun begitu, pihak pengurusan perpustakaan berkenaan dilaporkan bakal menambah koleksi sehingga 1.2 juta judul buku dalam masa terdekat selaras dengan usaha membudayakan amalan baca dalam kalangan penduduk.

Dianggarkan secara purata 15,000 pengunjung membanjiri bangunan tersebut setiap minggu, naik tiga kali ganda selepas imej unik perpustakaan itu menjadi tular menerusi media sosial tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori