• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dapat Gred ‘D’ Bagi Indeks Integriti Pertahanan TI

oleh Cj Mnh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia memperoleh gred “D” bagi indeks integriti pertahanan kerajaan (GDI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020, yang meneliti usaha membendung rasuah dalam institusi pertahanan dan keselamatan di 77 negara.

Menurut TI Malaysia, kajian itu mendapati Malaysia memiliki pengawasan perundangan yang lemah ke atas bajet, persaingan pembidaan yang rendah untuk pemerolehan, tiada ombudsman bebas dan kekurangan ketelusan data.

Dalam satu kenyataan, TI-M berkata sektor pertahanan Malaysia merupakan aktiviti kerajaan yang kabur di mana bajet pertahanan yang dikeluarkan bersifat umum berbanding perincian perbelanjaan yang menyeluruh.

“Kami menggesa kerajaan melihat secara serius risiko rasuah yang tinggi dalam sektor pertahanan dan mengambil langkah mitigasi,” kata presiden TI-M, Muhammad Mohan.

Muhammad berkata kerajaan perlu mendedahkan perolehan kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ships) dan helikopter McDonnell MD503G yang telah lama tertangguh.

“Ketelusan dan akauntabiliti dalam kedua-dua kes ini akan menunjukkan kerajaan serius terhadap tadbir urus yang baik dalam sektor pertahanan,” katanya.

Gred “D” meletakkan Malaysia sebaris dengan Albania, Argentina, Armenia, Botswana, Chile, Greece, Hungary, Indonesia, Kenya, Kosovo, Portugal, Rusia, Serbia, Tunisia, Uganda dan Ukraine.

Gred “D” juga menunjukkan negara ini berada pada risiko “tinggi” rasuah dalam sektor pertahanan dan keselamatan.

Malaysia berada di belakang jiran serantau seperti Filipina dan Singapura yang diberi gred “C” (risiko sederhana rasuah) manakala Taiwan adalah satu-satunya negara Asia Pasifik yang menerima gred “B” (risiko rendah).

Tags: industri pertahananmenteri pertahanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

01/10/2026
0

LEBANON - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa tersentuh melihat sendiri semangat, disiplin dan dedikasi anggota Batalion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd