PENGACARA serba boleh Awal Ashaari ada berkongsi fotonya bersama-sama isteri tercinta Scha Al-Yahya di laman Instagram (IG) peribadinya.
Namun foto yang dimuat naik itu mencetus teka-teki dalam kalangan peminat pasangan ini apabila ramai yang mendakwa Scha sedang hamil anak kedua.
Telahan itu dibuat gara-gara menerusi foto yang dikongsi itu memperlihatkan bahagian perut Scha nampak sedikit ‘berisi’ ataupun memboyot keluar seakan sedang hamil.
Rata-rata peminat yang berkunjung ke IG Awal tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepadanya dan isteri.
“Congrates to both of u..datin nak dapat adik..yeaayyy,” tulis lyna377.
Manakala smi_medinasofeapula menulis; “Tilljannah both of u..tapi kadang baju ni yang nampak preggy..tapi tak preggy… kita tunggu tuan tanah bagi tahu dulu ye.”
“Tahniah Kak Scha betul ke Lara bakal dapat adik kalau betul alhamdulillah..kitorang yang happy sangat,” ujar lisa.suria.
Baca:Â Rancang Tambah Zuriat, Scha Al-Yahya Rindu Hamil Lagi
Walau bagaimanapun, sehingga kini Awal dan Scha masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai khabar angin ini.
Terdahulu pasangan ini pernah menzahirkan keinginan untuk menambah zuriat dan Scha sendiri menyatakan dia rindu untuk mengandung serta menempuh proses kehamilan. – MYNEWSHUB.CC