Thursday, January 16, 2025

Creating liberating content

Stadium Nasional Bukit Jalil...

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup mulai esok bagi kerja baikpulih,...

Anti Pemerdagangan, Malaysia Lonjak...

PUTRAJAYA - Kedudukan negara melonjak ke Tahap 2 tahun ini setelah berjaya melaksanakan usaha...

Gadis Malang Kena Rogol...

KEJAM! Seorang gadis berusia 18 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan...

Jabatan Penerangan Melaka Sebar...

MELAKA - Jabatan Penerangan Melaka menjalin kerjasama dengan Unit Tabung Darah, Hospital Melaka...

Petronas Sahkan Sarawak Fail Saman Tuntut Cukai Jualan

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan kerajaan Sarawak dan pengawal cukai jualan negeri itu memfailkan saman terhadapnya atas dakwaan gagal membayar cukai jualan kepada negeri tersebut.

“Petronas mengesahkan bahawa pengawal cukai jualan negeri Sarawak dan kerajaan negeri Sarawak telah memfailkan tindakan terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada 21 November 2019 kerana tidak membayar cukai jualan Sarawak ke atas produk petroleum,” menurut syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan.

Pada Khamis lepas, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Petronas tidak membayar cukai jualan negeri bagi produk petroleum yang ditetapkan mengikut Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri tiada pilihan lain kecuali memulakan tindakan undang-undang untuk menuntut cukai yang belum dibayar,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jumlah yang dituntut daripada Petronas itu bagaimanapun tidak disebut sama ada dalam kenyataan beliau mahupun kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan oleh Petronas hari ini.

Cukai jualan negeri sebanyak 5% dikenakan pada 1 Januari tahun ini dan Petronas dikatakan satu-satunya syarikat minyak dan gas yang beroperasi di negeri itu yang belum membayar cukai jualan tersebut.

Kategori