Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Fernando Alonso: Jentera Ferrari...

MONZA - Kurang gembira bersama Ferrari dan mengakui harapan untuk menjuarai perlumbaan Formula...

Pemandu Mabuk Mengaku Tak...

AHLI perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, hari ini, atas kesalahan...

Sasha Tabah Hidup Sendirian,...

BUKAN mudah membesarkan anak seorang diri. Namun, itulah situasi yang dilalui penyanyi dan...

Anak Muhammad Ali Ditahan...

WASHINGTON DC - Anak lelaki legenda tinju Muhammad Ali ditahan untuk disoal siasat...

Piala Malaysia: MB Johor Ramal JDT Menang 2-0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nordin meramalkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai peluang cerah untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah, pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam esok.

Katanya, beliau mendoakan mudah-mudahan skuad Harimau Selatan itu berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu selepas kali terakhir Johor merangkul gelaran itu apabila mengalahkan Selangor 3-1 di pentas final di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 1991.

“JDT memang kuat. Mungkin (menang) 2-0,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan premis Ar-Rahnu dan Bangunan Wisma KOOPJB, milik Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru, di Dataran Larkin, di sini hari ini.

Beliau turut berharap ribuan penyokong Johor yang akan bertandang ke Stadium Shah Alam supaya berhati-hati dalam perjalanan dan menyaksikan perlawanan dengan penuh semangat kesukanan. – BERNAMA

Kategori