Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perak Terima...

IPOH - Kerajaan Perak hari ini mengumumkan bantuan kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak...

Salleh Said Keruak Alu-Alukan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Blood Sport: Derma Darah...

Sering kali dalam permainan video apabila anda kehabisan nyawa (darah), anda akan memulakan...

Kerajaan BN Terbukti Mampu...

PASIR SALAK – Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti mampu memenuhi keperluan rakyat dengan...

Pilih Duda, Anis Al-Idrus Bakal Diijab Kabul 7 Julai

SETELAH gagal dengan beberapa siri percintaannya terdahulu, akhirnya pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya, Aiman Rafzan pada 7 Julai ini.

Majlis nikah pasangan ini dilaporkan akan berlangsung di  Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 8 malam.

Menurut Anis atau nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal, dia menerima lelaki duda anak satu itu dalam hidupnya kerana sikap Aiman yang matang.

“Walaupun kami baru berkawan tiga bulan, saya percaya Aiman adalah jodoh terbaik yang ditentukan Allah SWT untuk saya.

“Saya juga sudah bersedia bergelar ibu segera kepada anak lelaki Aiman yang kini berusia 10 tahun dan menerima kehadirannya dalam hidup kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Bercerita bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan bintang itu, Aiman, 35, yang bekerja sebagai pereka hiasan dalam mengakui Anis, 29, adalah cinta pandang pertamanya.


“Selain kecantikan Anis, saya juga tertarik dengan kelembutan dan keperibadiannya,” katanya.

Difahamkan pasangan ini telah pun bertunang pada 24 Mac lalu.

Terdahulu, Anis pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dua aktor iaitu Shahnaz Ahmad dan Raja Afiq. – MYNEWSHUB.CC

Kategori