Pindaan Akta Pembangunan Sukan Tidak Jejas Perkembangan Sukan

PUTRAJAYA – Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 tidak akan menjejaskan perkembangan sukan dalam kalangan masyarakat, sebaliknya bertujuan menjamin kepentingan peserta acara sukan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong.

Mengambil maklum kebimbangan penggiat sukan terhadap pindaan Seksyen 36 akta itu yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi, beliau berkata peruntukan itu hanya dikenakan kepada penganjur yang merupakan syarikat dan bukan yang berstatus kelab sukan.

“Pindaan terbaru juga termasuk peruntukan yang mengecualikan acara sukan yang bersifat kebajikan dan kerja amal,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pindaan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 yang diluluskan di Parlimen pada 3 April lepas melibatkan peningkatan nilai denda dan hukuman penjara kepada syarikat penganjur yang gagal mematuhi peruntukan pelesenan di bawah Seksyen 36 tersebut.

Selepas dikuatkuasakan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Sim berkata pindaan itu juga selaras dengan trend peningkatan bilangan acara sukan ketika ini bagi memastikan penganjuran dijalankan secara profesional.

“Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, penipuan dan penyelewengan yang bukan sahaja boleh merugikan peserta sesuatu acara sukan malah membawa risiko keselamatan nyawa,” katanya.

Demi perkembangan sukan dalam kalangan masyarakat, beliau berkata kementerian akan memastikan agar kaedah serta proses pelesenan tidak membebankan.

Menurut Sim, kementerian juga akan memantau penguatkuasaan pindaan baharu tersebut dan bersedia menerima maklum balas daripada pemegang taruh serta membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...