Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Ilham...

KANGAR - Seramai 3,586 orang pelajar yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Video Kemesraan Siti Hasmah...

NEW DELHI - Tun Dr. Siti Hasmah, wanita pertama Malaysia yang amat disegani...

RM50 Juta Baik Pulih...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50...

RR Aliff Syukri Disewa...

AKUR... Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menyelesaikan kes kereta Rolls Royce miliknya...

PKP Dilanjut Di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang Hingga 4 Mac

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Jumaat ini sehingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP Pemulihan (PKPP), berkuatkuasa mulai tarikh sama.

Beliau berkata perubahan status kawalan pergerakan itu diputuskan, selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

“Secara umum KKM maklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan bermula minggu kelima tahun ini, iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.

“KKM juga sahkan trend kes import rentas negeri juga turun mulai 3 Feb lepas. Bagaimanapun, kes masih kekal tinggi di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini. – BERNAMA 

Kategori