Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Aiskrim ‘Obama Kecil’ Cetus...

Moscow - Sebuah syarikat Russia mencetuskan kemarahan pegawai Amerika Syarikat apabila cuba meraih...

Saman Fitnah: Sarawak Report...

SIAPA tidak mengenali Sarawak Report dan pengasas serta editor portal itu, Clare Rewcastle...

7 Remaja Lumba Guna...

GEORGE TOWN - Polis menahan tujuh remaja lelaki yang sedang berlumba basikal lajak...

KP Jasa, Fuad Hassan...

KUANTAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan meninggal...

PKP Dilanjut Di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang Hingga 4 Mac

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Jumaat ini sehingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP Pemulihan (PKPP), berkuatkuasa mulai tarikh sama.

Beliau berkata perubahan status kawalan pergerakan itu diputuskan, selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

“Secara umum KKM maklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan bermula minggu kelima tahun ini, iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.

“KKM juga sahkan trend kes import rentas negeri juga turun mulai 3 Feb lepas. Bagaimanapun, kes masih kekal tinggi di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini. – BERNAMA 

Kategori