Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Serpihan Kayu Pool 15cm...

MALANG menimpa seorang lelaki di China selepas terlibat dalam satu pergaduhan di dalam...

Fasa Peralihan Endemik Sehala,...

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin peralihan Malaysia ke Fasa Peralihan Endemik yang diumumkan Perdana...

Ter’over’ Gurau, Zizan Razak...

SUSULAN 'terlajak' gurau, pelawak dan pelakon Zizan Razak memohon maaf kepada Datuk Hans...

Jaafar Onn Melenting Pemakaian...

BAGI tahun ini, fesyen kurta mendapat perhatian masyarakat Malaysia sehinggakan ramai pereka tempatan...

PKPB Di Sarawak Dilanjut Sehingga 15 Mac

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak yang dijadualkan tamat pada 1 Mac ini akan dilanjutkan sehingga 15 Mac depan. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan penilaian risiko dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih berlaku peningkatan kes di seluruh negeri itu. 

“Dalam tempoh 14 hari bermula 12 Februari hingga semalam, sebanyak 2,623 kes dilaporkan di negeri berkenaan.

“Selepas menilai risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dan Kuarters Kakitangan Batu Gajah, Kinta, Perak turut dilanjutkan sehingga 13 Mac ini. 

“Pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan dijadualkan tamat pada 27 Februari ini, namun hasil 761 ujian saringan di lokasi terbabit mendapati terdapat 433 kes positif Covid-19 direkodkan.

“KKM mengesahkan peningkatan kes masih berlaku membabitkan tahanan di PPA ini apabila 13 kes baharu direkodkan, semalam,” katanya. 


Beliau berkata, Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan di Sabah akan dikenakan PKPD bermula esok hingga 12 Mac ini susulan peningkatan kes mendadak di lokaliti berkenaan dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. 

“Sebanyak 42 kes positif Covid-19 direkodkan di kedua-dua lokaliti berkenaan, setakat ini. 

“Selain itu, PKPD turut dikenakan di Sentosa, Sibu, Sarawak bermula esok sehingga 12 Mac nanti KKM susulan 59 kes direkodkan di lokaliti terbabit sehingga kini. 

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya. – myMetro Online

Kategori