KUALA LUMPUR – PKR bakal mempertaruhkan kerusi Parlimen paling banyak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut sumber, PPBM akan bertanding 52 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala PKR 51, DAP 35 dan PAN 27.
Dengan mengambil kira jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR mendapat agihan paling banyak.
Menurut sumber lain pula, kebanyakan kerusi dipersetujui pada Jumaat lalu manakala hanya beberapa kerusi melibatkan PPBM, PKR dan PAN dimuktamadkan malam tadi (Sabtu) dalam rundingan yang selesai lebih kurang 8.30 malam.
Butiran lanjut konsensus itu bagaimanapun akan diumumkan pada Konvensyen PH di Shah Alam hari ini. – MYNEWSHUB.CC