Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kekurangan Ahli Fisioterapi

KUALA LUMPUR - Hospital di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan ahli fisioterapi untuk...

Johor Tolak Perundangan Bercanggah

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor bukan sahaja menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala...

3 Laluan Panas Dikenal...

KUANTAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Pahang mengenal pasti tiga laluan panas...

Lelaki Bakar Bilik Pusat...

MIRI - Polis menahan seorang lelaki selepas membakar sebuah bilik di pusat kecantikan...

PM Bersyukur Diberi Peluang Khas Memasuki Kaabah

SUBHANALLAH… Selepas berpeluang untuk menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah, kali ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dapat memasuki kaabah.

Perkara berkenaan dimaklumkan pemimpin negara tersebut secara eksklusif menerusi akaun Facebook dan Twitter rasmi beliau pada Khamis sambil menyertakan gambar dirinya sedang menuruni tangga dari pintu blok binaan itu.

Allahuakbar, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi berpeluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur Alhamdulillah,” tulis Najib pada keterangan foto itu yang menunjukkan suasana malam Masjidil Haram di Makkah.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua beliau diberikan peluang istimewa oleh pihak kerajaan Arab Saudi sebagai tetamu negara kerana pernah berbuat demikian julung kali ketika menunaikan ibadah umrah pada 8 Jun 2015 lalu.

Entri terbaharu Najib itu turut mendapat perhatian luar biasa ramai netizen dari seluruh dunia dan ada mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga selain dapat memimpin negara dengan penuh cemerlang daripada segala cabaran.

Baca: Najib, Keluarga Masuk Ziarah Makam Rasulullah SAW

Waima tiada dikenakan bayaran apatah lagi bukan termasuk dalam rukun haji atau umrah, kesempatan memasuki kaabah tidak diberikan kepada mana-mana individu tetapi ia menjadi impian umat Islam jika berada di Tanah Suci.


Lazimnya hanya pekerja penyelenggaraan dapat memasuki pintu kiblat Muslim seluruh dunia atau juga disebut sebagai Baitullah itu dua kali dalam setahun iaitu sebulan sebelum Ramadan dan 30 hari menjelang wukuf haji.

Apabila berada di dalamnya, mereka bebas solat ke mana-mana arah. Jika melibatkan tetamu kenamaan, Gabenor Makkah akan bertugas mengiringi individu itu sebagai tanda penghormatan tertinggi pihak kerajaan Arab Saudi.

Kaabah asalnya dibina Nabi Adam AS kemudian pernah dibangunkan semula 12 kali termasuk zaman Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS manakala yang terakhir, Nabi Muhammad SAW ekoran peristiwa banjir kilat.

Bongkah batu dipercayai dibawa khas malaikat dari syurga, malah ada pihak tertentu mendakwa konon sesiapa ada di dalamnya dapat lihat jutaan malaikat bertawaf kaabah langit yang disebut Baitul Makmur. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori