Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Skim Perkeso Tawar Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Pemandu teksi di seluruh negara diminta menyertai Skim Keselamatan Sosial...

Awasi Agenda Malaysia Tanpa...

JANGANLAH cuba mengaitkan atau memalitkan institusi diraja dalam kancah politik haru biru.Apatah memperlekehkan...

4 Parti Politik Tubuh...

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan...

Penumpang Mabuk Punca MH179...

PUTRAJAYA - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH179 dalam perjalanan ke Colombo, Sri...

PM Hadiri Himpunan Suhakam Sokong ICERD?

PROVOKASI… Ketika kehangatan Himpunan 812 disertai PAS dan UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula lancar himpunan hak asasi manusia pada hari sama di Petaling Jaya, Selangor.

Himpunan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan tema Stand Up 4 Human Rights itu yang kononnya diadakan sempena dengan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa kebetulan jatuh pada Isnin depan.

Perhimpunan julung kali diadakan oleh pihak Suhakam, yang diwujudkan Mahathir pada tahun 2000 ketika era pentadbiran beliau itu; namun hanya berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang di Padang Timur, Petaling Jaya.

Perdana Menteri bersama-sama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dijadual berucap pada hari sama himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) diadakan.

Apa yang jelas, perhimpunan kelolaan Suhakam itu cuba sabotaj acara ‘lawannya’ di Dataran Merdeka di ibu negara dan terletak cuma 10 kilometer dari Petaling Jaya tetapi ia berlangsung lewat dari pukul 2 petang hingga 6 petang.

Justeru, tindakan Suhakam anjurkan perhimpunan pada hari sama dengan perhimpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi ICERD, bukan sahaja mahu mewujudkan provokasi, malah ternyata ada niat jahat yang tertentu.

Penasihat Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Ismail Mina Ahmad dipetik sebuah akhbar tempatan berkata, langkah dramatik sengaja diambil oleh pihak Suhakam itu juga boleh disifatkan sebagai perkara yang paradoks.

“Jika Suhakam tetap meneruskan himpunan pada hari sama, bagi saya, mungkin mereka mempunyai niat jahat tertentu yang mahu pecah belah rakyat. Memang negara ini amal demokrasi dan semua pihak bebas berhimpun.

“Bagaimanapun jika perhimpunan yang dianjurkan Suhakam adalah bercanggah dengan tujuan sebenar, dibimbangi ia boleh menimbulkan suasana huru hara pula,” tegas Ismail dalam nada cukup kesal kepada Utusan Malaysia.

Ismail Mina Ahmad

Perkara aneh sebegini boleh diibaratkan sebagai tiada angin, tiada ribut tetapi tiba-tiba sahaja pokok besar bergegar setelah ramai dilapor terkejut sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suhakam serentak pada 8 Disember ini.

Bukanlah ia tidak pernah disambut sebelum ini, namun tidaklah sebegini riuh dan kelazimannya dibuat di tempat tertutup. Cuma kali ini, entah apa semangat Suhakam sehingga sambutan dibuat secara terbuka di padang awam.


Motif Suhakam perlu dipersoalkan kerana pada hari sama, perhimpunan besar-besaran #DaulatHimpunan812 juga ada. Kenapa sambutan Hari Hak Asasi Manusia sepatutnya 10 Disember diawalkan dan formatnya turut berubah.

Biasanya ia diraikan dalam kawasan tertutup namun kini dibuat perhimpunan secara terbuka? Lebih dirisaukan, keadaan dua himpunan awam tersebut dilaksanakan secara serentak ini akan tentu bakal burukkan imej negara.

Dua pihak yang tidak sependapat mengadakan dua perhimpunan berbeza berdekatan antara satu sama lain, pada hari yang sama. Umum juga pasti maklum mengenai pendirian Suhakam tegas berhubung isu ratifikasi ICERD.

Suhakam secara jelas menzahirkan rasa kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan menerusi satu kenyataan media kononnya tidak akan perakui ICERD buat ketika ini kerana keadaan semasa belum lagi sesuai.

Adakah ini satu bentuk protes oleh Suhakam ke atas keputusan U-Turn pentadbiran PH atau provokasi niat jahat terhadap acara #DaulatHimpunan812? Dalam suasana Malaysia Baharu, rakyat perlu bebas suarakan pendapat.

Itu yang ingin dilakukan oleh penganjur dan para peserta perhimpunan #DaulatHimpunan812. Negara ini tidak perlukan satu lagi perhimpunan dilakukan serentak yang hanya memaparkan perpecahan dalam kalangan rakyat.

Sebaiknya Suhakam beralah beri laluan kepada #DaulatHimpunan812 yang skalanya lebih besar. Tiada salahnya kerana ia juga mahu tegak hak asasi manusia, malah lebih baik kerana ikut acuan Malaysia. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori