Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

Sejak Hamil Stacy Selalu...

SEJAK hamil anak sulung, penyanyi terkenal Akim Ahmad memberitahu, isterinya, Stacy mengalami perubahan...

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu...

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah...

M’sia Sertai Eksesais Tsunami...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menyertai satu eksesais tsunami yang dinamakan Eksesais Gelombang...

Agong, Permaisuri Berangkat Ke...

SEPANG - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

PM Harap Thaipusam Jadi Lambang Semangat Negaraku

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap sambutan Thaipusam akan terus menjadi lambang semangat Negaraku serta sumber inspirasi kepada semua rakyat untuk terus hidup dalam keamanan, perpaduan dan kestabilan.

Perdana Menteri berkata Malaysia cukup bertuah kerana dirahmati dengan kepelbagaian kaum, agama serta budaya, menjadikan rakyat di negara ini cukup unik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

“Marilah kita bersama-sama menghayati semangat sambutan Thaipusam bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan yang beragama Hindu,” katanya dalam perutusan bersempena sambutan perayaan Thaipusam esok menerusi blognya najibrazak.com hari ini.

Najib seterusnya berharap masyarakat Hindu di Malaysia menyambut Thaipusam dengan penuh makna tahun ini.


“Selamat menyambut Thaipusam!” ucap Najib. – BERNAMA

Kategori