PM Ketuai Delegasi Ke Sidang Kemuncak ASEAN

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan pada 26 hingga 28 Oktober ini, melalui persidangan video.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, berkata Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan MITI, ke sidang kemuncak itu yang dipengerusikan Brunei dengan tema “We Care, We Prepare, We Prosper.”

Kenyataan itu menyebut, pemimpin-pemimpin ASEAN dijangka membincangkan hala tuju ASEAN dan usaha membina komuniti ASEAN serta inisiatif utama ASEAN terhadap COVID-19 Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 itu, manakala semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-39 pula, pemimpin-pemimpin ASEAN akan bertukar pandangan mengenai hubungan luar, isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan.

“Pemimpin-pemimpin ASEAN juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN CampurSatu dengan Pemimpin dari Australia, China, India, Jepun, Republik Korea, Rusia, Amerika Syarikat, Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

“Di sela-sela Sidang-sidang Kemuncak ASEAN, Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, bagi menyertai Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei Indonesia-Malaysia-Filipina Ke-14 (Sidang Kemuncak BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand ke-13 (Sidang Kemuncak IMT-GT ke-13) pada 28 Oktober.

“Perdana Menteri akan mempengerusikan Sidang Kemuncak IMT-GT ke-13,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam Sidang-sidang Kemuncak ASEAN pada kali ini mencerminkan komitmen yang teguh terhadap ASEAN terutamanya ketika rantau ini masih bergelut dengan cabaran-cabaran berikutan pandemik COVID-19. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...