PM Zahir Penghargaan Atas Pandangan, Nasihat Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah sepanjang tempoh baginda menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri berkata, segala pandangan, nasihat dan buah fikiran yang telah dizahirkan baginda telah banyak membantu dan sentiasa menjadi pedoman serta ingatan buat beliau dan rakan Jemaah Menteri dalam memastikan pentadbiran negara sentiasa berada di landasan tepat.

“Sememangnya inilah azam kerajaan baharu di bawah pimpinan patik pada hari tatkala mengangkat sumpah memikul amanah rakyat dengan penuh tanggungjawab,” katanya ketika menyampaikan warkah menjunjung kasih pada Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Dewan Bendahara, Istana Negara hari ini.

Sultan Nazrin menamatkan tugas menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke United Kingdom.

Baginda yang melaksanakan tugas itu pada 18 Sept lalu akan menamatkan tugas berkenaan pada 12 tengah malam nanti.

Ismail Sabri berkata beliau juga akan terus berusaha memulihkan permasalahan rakyat serta memantapkan ekonomi negara terutamanya berhubung hala tuju negara dalam era pandemik Covid-19.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dikurniakan taufik dan hidayah serta dilanjutkan usia untuk terus bersemayam atas takhta pemerintahan Perak dengan segala kemuliaan dan kedaulatannya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...