Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bella Pernah Beri Bayangan...

BATU PAHAT: Mila Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak pertengahan bulan lalu...

500 Berhimpun Bantah Umat...

TEMERLOH - Kira-kira 500 umat Islam berhimpun di perkarangan Masjid An-Nur, Kuala Krau...

Ahli Perniagaan Parah Terkena...

SEORANG ahli Perniagaan parah selepas terkena tujuh das tembakan dipercayai dilepaskan lima suspek...

Keluarga Mangsa MH17 Saman...

BERLIN - Keluarga mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine...

PMSP Saran Mahathir Serah Kekayaan Anak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar meminta anak-anaknya menyerahkan sebahagian kekayaan mereka kepada rakyat Malaysia jika beliau benar-benar memperjuangkan rakyat yang kononnya sedang menderita.

Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata, Mahathir yang menyerang kerajaan sejak bersengkongkol dengan pembangkang sebenarnya layak membantu rakyat berdasarkan kekayaan keluarganya.

“Contohnya Datuk Mokhzani pada 2012 berjaya menggabungkan syarikatnya Kencana Petroleum dengan SapuraCrest yang dikendalikan kawan zaman kanak-kanaknya Shahril Shamsuddin. Pada Januari 2014, Mokhzani letak jawatan dan menumpukan perhatian kepada pelaburan yang lain.

“Pada bulan berikutnya, beliau memotong kepentingannya dalam SapuraKencana, penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar negara, menjual saham bernilai AS$248 juta (RM1.04 bilion). Saya tahu Mokhzani adalah Ahli Lembaga Pengarah bukan sahaja untuk SapuraKencana tapi juga syarikat Telco, Maxis dan syarikat kabel gantian optik, Opcom Holdings,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramesh Rao berkata, Mokhzani juga seorang pelabur asas dalam IHH Healthcare dan Astro Malaysia Holdings.

Kata beliau, Mokhzani pasti sudah mengumpulkan banyak kekayaan dan keuntungan itu elok dipulangkan kepada rakyat untuk membantu meringankan beban mereka.


Kata beliau, anak Mahathir, Mirzan pula melibatkan dirinya dalam perniagaan petroleum bersama dengan syarikat Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad (Petron Malaysia).

“Sudah pasti Mirzan juga adalah jutawan dalam perniagaan berkaitan minyak ini. Jadi, saya tidak keterlaluan untuk meminta mereka untuk mengembalikan kekayaan mereka dalam industri petroleum untuk rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori