• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Tidak Kalah, Prestasi Masih Kekal – Rosol

oleh Mohd Arshad
21/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak tersungkur dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya masih mengekalkan prestasi di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebaliknya, Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan itu memberi isyarat yang Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai potensi untuk terus meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berdasarkan prinsip integriti, telus dan perkhidmatan berjiwa rakyat.

Beliau sekali gus menyangkal dakwaan yang kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) hingga kembali membentuk Kerajaan Negeri Melaka itu sebagai kayu pengukur nasib PN dalam politik negara kerana peratusan keluar mengundi sangat rendah di samping faktor Covid-19.

“Saya nampak PN masih mengekalkan prestasinya iaitu dua kerusi, maknanya kita tidak kalah kerana sebelum ini kita meraih dua kerusi DUN. Kali ini pun sama, malah undi PN turut meningkat.

“Walaupun kita parti yang berusia lima tahun dan bersaing dengan UMNO yang sudah 60 tahun tetapi mampu memberikan saingan misalnya di DUN Tanjung Bidara, yang perbezaan undi kurang daripada 500,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, di sini hari ini.

PN melalui gabungan bersama Pas dan Gerakan hanya mampu menguasai DUN Sungai Udang dan Bemban daripada 28 kerusi yang ditandingi, berbanding sebelum ini kerusi Teluk Mas dan Paya Rumput.

Bagaimanapun, Rosol yakin keputusan PRN Melaka bukan halangan untuk PN terus berjuang dalam memastikan Malaysia bersih, lebih berintegriti dan dihormati.

“Setakat ini tiada isu Bersatu nak kembali atau tidak kepada UMNO sebagaimana cadangan segelintir pihak kerana parti itu sendiri pun masih tidak konsisten dan mempunyai masalah dengan kepemimpinan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan Pas agar bekerja lebih kuat bagi menjelaskan hala tuju dan pendekatan parti berkenaan kepada rakyat Melaka yang mungkin masih berdepan salah faham.

-Utusan Online

Tags: perikatan nasionalPRN Melakarosol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

18/11/2022
0

Sukar untuk menafikan Perikatan Nasional (PN) tampak seolah-olah begitu banyak dana untuk berdepan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ikuti...

PAS Pilih Perikatan Nasional

PAS Pilih Perikatan Nasional

13/10/2022
0

KUALA LUMPUR : PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ikuti Mynewshub: Telegram Presidennya, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd