Polis Akan Pantau Aktiviti Selva Kumar

BUKIT MERTAJAM – Polis akan sentiasa memantau perkembangan bekas perogol bersiri, S.Selva Kumar yang dikatakan akan kembali ke negeri ini memandangkan dia pernah menetap di Pulau Pinang dan masih mempunyai keluarga di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihaknya sedar kepulangan Selva Kumar dari Kanada akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, namun polis tidak boleh mengenakan sebarang sekatan kepadanya.

Sebaliknya, Chuah berkata polis akan memerhatikan aktiviti perogol bersiri itu agar tidak melakukan jenayah sama di sini.

Menurutnya, bekas perogol bersiri berusia 56 tahun itu yang dijadual tiba di Malaysia hari ini, berhak hidup seperti orang biasa setelah menjalani hukuman atas kesalahannya.

“Polis tidak boleh tahan lelaki itu di negara ini hanya semata-mata rekod jenayah yang dilakukannya kerana dia sudah terima hukuman sewajarnya di luar negara…jadi (dia) bebas untuk kembali ke Malaysia.

“Buat masa ini kami tak terima maklumat sama ada dia akan menetap di Pulau Pinang atau tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jom Kembali Ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera, di sini hari ini.

Selva Kumar dijangka tiba Malaysia hari ini selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan berkaitan dadah, 10 kesalahan pelbagai serangan dan 12 kesalahan lain termasuk peras ugut di negara itu.

Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri ini. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...