Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

170 Pegawai, Anggota PDRM...

GOPENG – Seramai 170 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

VIDEO: Bukti Sajat Terima...

SUSULAN kenyataan pihak penganjur acara yang menafikan berlaku kejadian tarik diri daripada pertunjukan...

‘Ola Bola’ Kenangan Manis...

KOTA KINABALU - Datuk Hassan Sani dan James Wong, antara wira bola sepak...

Badan Atau Suruhanjaya Tangani...

KUALA LUMPUR - Sebuah badan atau suruhanjaya baharu bakal diwujudkan bertujuan untuk menangani...

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Zakir Naik

SHAH ALAM – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr. Zakir Naik kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, ini susulan laporan polis yang diterima pihaknya di Gombak sebelum ini.

Katanya, pihak polis juga telah menerima 115 laporan berkaitan Zakir. 

“Kita memang ada menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada keterangan Zakir telah diambil polis.

Terdahulu, Zakir memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di Malaysia sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.


Kenyataan itu dibuat pada satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, di mana beliau turut mengeluarkan kenyataan berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan Perdana Menteri India berbanding Malaysia.

“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.

“Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini),” katanya. 

Zakir yang kini memiliki status penduduk tetap Malaysia – sedang berdepan dakwaan pengubahan wang haram dan dikehendaki oleh kerajaan India. – K! ONLINE

Kategori