Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Suami Janet Jackson...

SELEPAS seminggu Janet Jackson dan Wissam Al Mana mengumumkan perceraian mereka, CEO bilionair tersebut...

Dua Asrama Kolej Legenda...

NILAI - Dua asrama di tingkat tiga Kolej Legenda Mantin, dekat sini musnah...

Tiada Rancangan Perkenal Cukai...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai baharu ketika ekonomi negara di ambang...

Tumbuk Polis Trafik: Pemandu...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi, yang menumbuk seorang anggota polis trafik semasa...

Polis Buru Individu Panah Anjing Hingga Mati

LANGKAWI – Polis sedang memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan memanah haiwan itu hingga mati berhampiran sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dayang Bay, Kuah di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas seorang pengadu wanita melihat satu hantaran di Facebook mengenai seekor anjing yang ditemukan dengan dua kesan panah di badan haiwan itu.

“Semasa pihak polis sampai ke tempat kejadian, anjing tersebut telah ditarik oleh orang awam untuk dibuang ke laut. Bagaimanapun bangkai anjing tersebut berjaya diperoleh semula dan telah dibawa ke Klinik Haiwan Chenang untuk dibedah siasat memandangkan tiada Pegawai Veterinar bertauliah di Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada ia adalah anjing peliharaan atau liar kerana belum ada pihak yang tampil membuat laporan kehilangan haiwan peliharaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) (d) Akta Binatang 1953. Polis juga meminta pemilik akaun Facebook Chen Liau Weng serta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Kategori