Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

ZTE Star 3, Peranti...

SAMSUNG Galaxy S6 dan HTC One M9 adalah contoh peranti yang berkemampuan mengambil...

Perlu Lebih Kuat Untuk...

KUALA LUMPUR - Pemain beregu utama negara, Tan Wee Kiong mengakui gandingannya bersama...

Muhammad Afi Arsyad Dapat...

ALHAMDULILLAH...kisah atlet cilik BMX Freestyle Malaysia memerlukan dana untuk menyertai pertandingan BMX di...

Bantu 217 Pengantin Baharu...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membantu 217 pasangan pengantin baharu yang menyertai...

Polis Cari Lelaki Siasat Kes Kejam Bunuh 3 Beranak

TUMPAT – Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes tiga beranak mati dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan perkakasan di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata lelaki itu dikenali sebagai Sharat Eh Wang @ Pot, 31, dengan alamat terakhir di Kampung Jubakat Darat, di sini.

ā€œPihak kami juga menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes tersebut termasuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa Thailand,ā€ katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berkaitan dengan dendam terhadap mangsa yang menjalankan perniagaan perkakasan rumah.

Dalam kejadian di antara 1.30 petang dan 2 petang semalam, Kha Eng Ni, 42, dan isterinya Chua Joo Seok, 43, serta anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, mati dibunuh manakala seorang lagi anak perempuan mangsa, Kha Xing Rhuu, 15, cedera.


Pada majlis berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Supt. Mohammed Zulmazi Che Daud dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohammed Zulmazi menggantikan Supt. Nik Azlan Nik Ibrahim yang dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Batalion ke-4 Kem Semenyih, Selangor. – BERNAMA

Kategori