Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Pegawai Najib Minta...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun...

Projek Sakit Di Sarawak...

KUCHING - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi jaminan bahawa projek-projek pembangunan...

PRU14 Tidak Beri Kesan...

KAMPAR - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada 9 Mei...

UMNO, BN Utamakan Calon...

MELAKA – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mengutamakan calon yang dikehendaki dan...

Polis Halang Warga Korea Utara Tinggalkan Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersedia dengan pihak berkuasa lain untuk melaksanakan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghalang semua warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

“Ya, kita akan melaksakan arahan PM (Najib) itu,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama melalui WhatsApp di sini.

Menurutnya selain di Semenanjung Malaysia terdapat rakyat Korea Utara juga dilaporkan bekerja di Sarawak.

Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu dari Jakarta sebagai tindak balas terhadap arahan Kementerian Luar Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia di negara itu daripada meninggalkan Korea Utara.

Semalam Duta Besar Korea Utara, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai ‘Persona Non Grata’ oleh kerajaan Malaysia, meninggalkan Malaysia setelah diarahkan berbuat demikian oleh Kementerian Luar dalam tempoh 48 jam berkuat kuasa Sabtu lepas.

Kang Chol dilaporkan membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, pada 13 Februari.


Sebelum ini, kerajaan Malaysia mengumumkan warga Korea Utara dikehendaki memohon visa untuk memasuki negara ini berkuat kuasa 6 Mac.

Jong-nam dilaporkan dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu sebelum sempat berlepas ke Macau, China. – BERNAMA

Kategori