Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tempoh Penggantungan Annuar Musa...

KUALA LUMPUR - Beliau begitu meminati sukan bola sepak dan mencintai dunia bola,...

Perlis Dipilih Projek Perintis...

KANGAR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memilih Perlis untuk melaksanakan kajian projek perintis...

PMSP Desak SKMM Sekat...

CYBERJAYA - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi...

Hello Kitty Bakal Buat...

TOKYO - Ikon comel berwajah bulat popular Jepun, Hello Kitty, akan membuat penampilan...

Polis Minta Stesen TV Henti Siar Debat Guan Eng-Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Stesen televisyen tempatan diminta membatalkan rancangan untuk menyiarkan secara langsung debat mengenai isu tanah Taman Manggis kerana kes tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.

@PDRMsia setuju dengan @SPRMMalaysia, debat banglo-Manggis dibatalkan. Siasatan PDRM masih berjalan. Saksi-saksi utama termasuk YAB Ketua Menteri belum dipanggil,” kicaunya dalam Twitter terbaharunya malam tadi.

Khalid berkata: “@PDRMsia minta semua stesen TV hentikan rancangan ini sebelum kes selesai.”

Beliau berkata sekiranya Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, ia sepatutnya diserahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.


Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Guan Eng mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.

Abdul Rahman sebelum ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn. Bhd. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori