Polis Nafi Kes Culik Kanak-Kanak Di Puchong

KUALA LUMPUR – Polis menafikan kononnya berlaku penculikan seorang kanak-kanak di kawasan Puchong Permai sebagaimana dakwaan seorang wanita melalui rakaman suara yang tular melalui aplikasi media sosial WhatsApp, sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Risikin Satiman berkata, polis mengadakan pertemuan dengan beberapa pemilik kedai dan orang awam berhampiran kawasan itu bagi mendapatkan maklumat berhubung kes tersebut.

“Namun, beberapa pemilik kedai dan orang awam menafikan terdapat kejadian culik yang berlaku seperti dakwaan melalui rakaman suara itu. Oleh itu, saya nasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu yang tiada kesahihan.

“Masyarakat juga tidak perlu gusar tentang keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar Daerah Subang Jaya yang sentiasa dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain serta badan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, tular rakaman suara seorang wanita melalui media sosial mendakwa berlaku kes culik seorang kanak-kanak oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai berhampiran kawasan Puchong Permai.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...