Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Enggan Kerjasama: Dr. Mahathir...

SEREMBAN : Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi...

26 Kes Macau Scam...

SIBU: Sebanyak 26 kes Macau Scam melibatkan nilai kerugian melebihi RM2.7 juta dilaporkan...

Presiden, Timbalan Presiden UMNO...

JOHOR BAHRU : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya,...

Polis Rampas Dadah Dan...

PENDANG – Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah serta sebuah...

Polis Siasat Dakwaan Culik Murid Di Bangi

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes cubaan melarikan seorang kanak-kanak di sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, Selangor yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, laporan terbabit dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit selepas mendakwa sekumpulan lelaki cuba melarikan anaknya di kawasan luar sekolah.

Ujarnya, wanita terbabit mendakwa, ketika anaknya bersama dua lagi rakannya berada di luar pagar mereka telah didatangi tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta sebelum menawarkan gula-gula.

“Berikutan itu, dakwa wanita itu lagi, anak dan dua rakannya itu telah melarikan diri daripada kumpulan tersebut selain mendakwa mereka turut dikejar oleh suspek.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut dilakukan di sekolah terbabit dan berdasarkan keterangan saksi bebas yang berada di tempat kejadian, mereka tidak mengetahui kejadian sebagaimana yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir memberitahu, semakan lanjut turut dilakukan di lokasi kejadian dan pihaknya mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

“Semakan ke atas rakaman CCTV yang tular dalam media sosial yang dikaitkan dengan kejadian tersebut juga mendapati ia bukan rakaman di sekitar kawasan yang dilaporkan.


“Walaubagaimanapun, pihak kita amat peka dengan laporan polis yang dibuat serta maklumat disalurkan oleh orang awam.

“Sehubungan itu, tindakan proaktif akan diambil dengan meningkatkan rondaan di sekitar kawasan kejadian dan sekolah berkenaan,” jelasnya.

Semalam, tular sebuah video berdurasi 21 saat mengenai cubaan melarikan seorang kanak-kanak oleh individu tidak dikenali menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Selain itu, seorang wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak itu turut memuat naik satu kenyataan mendakwa anaknya nyaris dilarikan sekumpulan lelaki di hadapan sekolahnya.

Sementara itu, hasil pencarian Utusan Online dalam laman sosial mendapati rakaman CCTV yang tular itu merupakan kejadian yang berlalu di Afrika Selatan. – UTUSAN ONLINE

Kategori