Polis Siasat Kematian OKT Dalam Lokap

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas kematian orang kena tuduh (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menerima maklumat kematian lelaki berusia 63 tahun itu pada jam 11 pagi tadi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata siasatan mendapati OKT adalah tahanan dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu mengikut Seksyen 379A dan 324 Kanun Keseksaan.

“OKT ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes kelmarin sementara menunggu sebutan seterusnya esok.

“Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...