Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja ‘Pertabalan’

IPOH – Meskipun pihak MCA Bahagian Taiping sudah memohon maaf secara terbuka, polis tetap menjalankan siasatan terhadap kes kain rentang yang dieja ‘perbatalan’ Yang di-Pertuan Agong.

Kain rentang berlatar belakang warna kuning sempena hari pertabalan Sultan Muhammad V yang dipasang di bangunan MCA bahagian itu menjadi tular baru-baru ini ekoran kesilapan ejaan daripada sepatutnya ‘pertabalan’.

Polis Perak berkata, ​walaupun pemilik kain rentang itu telah pun menukar perkataan silap tersebut, pihaknya tetap meneruskan siasatan, lapor agensi berita tempatan Bernama.

“Siasatan tersebut ialah bagi mengenal pasti sama ada maksud bagi perkataan itu memang disengajakan atau pun tidak,” kata pemangku ketua polis negeri, Datuk Hasnan Hassan.

Beliau malahan menjelaskan bahawa: “Sekiranya ia adalah disengajakan, kes ini adalah amat serius kerana ia boleh menyebabkan keselamatan anggota masyarakat terancam.”

Polis Tetap Siasat Kes MCA Taiping Salah Eja 'Pertabalan'

Isnin lalu, pihak MCA Taiping memohon maaf atas kesilapan ejaan pada kain rentang ucapan sembah tahniah sempena pertabalan baginda, lapor portal Harian Metro.


Ketuanya, Ang Sui Eng dilaporkan turut mengakui kesilapan ejaan perkataan “pertabalan” pada kain rentang terbabit dan sehera menggantikan kain baharu kelmarin.

Tambahnya, kain rentang tersebut sudah dipasang selama seminggu tanpa mereka menyedari adanya kesilapan tersebut ― di bahagian bawah yang saiz hurufnya lebih kecil.

“Kesilapan itu hanya disedari 9 pagi [Isnin] dan kami terus menghubungi pihak yang buat kain rentang itu untuk turun dan ganti dengan yang baru serta tiada kesilapan,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...