Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kastam Melaka Sasar Kutip...

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menyasarkan kutipan cukai RM1.96 bilion...

UMNO, MCA, MIC Mula...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini bagi...

Kerajaan Bentang Pindaan Perlembagaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had...

Ada Golongan B40 Miliki...

KUALA LUMPUR - Kajian sistem subsidi petrol bersasar, Program Subsidi Petrol (PSP) mendapati...

Polis Tolak Permohonan Perbahasan Mahathir-Nazri

IPOH – Polis Perak menolak permohonan penganjur bagi Perhimpunan Perbahasan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dijadual Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Katanya, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq menerima permohonan itu daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf pada 3 petang semalam mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Dinyatakan dalam permohonan bahawa program perbahasan Mohamad Nazri dan Dr Mahathir akan diadakan pada 25 Mac dari 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kati, Kuala Kangsar.

“Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar menolak permohonan itu dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserah kepada pemohon hari ini selain telah memaklumkannya kepada penganjur semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasnan menjelaskan antara faktor permohonan itu ditolak ialah kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 9(1) APA 2012.

“Pihak penganjur hendaklah membuat pemberitahuan kepada pegawai yang menjaga daerah polis iaitu Ketua Polis Daerah dalam masa 10 hari sebelum perhimpunan,” katanya.


Katanya selain itu, tempat perhimpunan iaitu MRSM Kuala Kangsar adalah kawasan sekolah dan ia merupakan satu tempat larangan dalam Jadual Pertama (Seksyen 3 APA 2012).

“Pihak polis juga telah menerima bantahan secara bertulis iaitu sebanyak lapan laporan daripada orang awam dan penduduk di sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan yang bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga,” katanya.

Hasnan berkata dalam Jadual Ketiga APA 2012 jelas menyatakan perhimpunan atau dialog seperti itu tidak termasuk dalam perhimpunan yang dibenarkan dan meminta semua pihak supaya akur dengan arahan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sekiranya ia diteruskan,” tegas Hasnan. – BERNAMA

Kategori