Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

UMNO, BN Tak Dapat...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen...

3 Maut Dalam Nahas...

TIGA terbunuh manakala, empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 283, Lebuh...

PM Cadang JPA, MPC...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengukuran produktiviti sektor...

Serangan Paris: Pekerja Bar...

SAAT berlakunya serangan letupan di Paris Jumaat lalu, seperti biasa Safer sedang bekerja di...

Pondan Malaysia Johan Pertandingan Ratu Cantik 2017

SEORANG ‘wanita’ dari Malaysia telah memenangi Pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia 2017, di Melbourse, menewaskan 12 peserta lain.

Laeticia Phylliscia Raveena, yang berasal dari Kuala Lumpur memenangi hadiah baucar bernilai AS$15,000 (RM66,450) daripada Hospital Kosmetik Kamol, Bangkok pada Sabtu.

Menurut laman Facebook Miss Gay & Miss Transeksual, Laetica yang juga merupakan seorang chef turut memenangi kategori “Best in Rio Carnival Costume”.

Pondan Malaysia Menang Anugerah Ratu Cantik 2017

Difahamkan, beliau akan menggunakan gelaran yang diterima untuk mempromosikan Rising Star, sebuah organisasi yang ditubuhkannya untuk memberi inspirasi kepada wanita transgender berbakat untuk mencapai potensi diri mereka sepenuhnya.

Berita kemenangan Laetica turut membuatkan aktivis mak nyah, Nisha Ayub berkongsikan kegembiraan dengan mengatakan kemenangan beliau membuatkan komuniti itu berbangga dengannya.


“Tahniah kepada wakil transeksual Malaysia, Laeticia Phylliscia Raveena kerana memenangi pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia. Dia sememangnya layak bergelar ratu,” katanya.

Pertandingan tahunan ini adalah yang terbesar seumpamanya di Australia, khas untuk penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender. – MYNEWSHUB.CC

Kategori