PPI Pengeluaran Tempatan Susut 1.5% Mei Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Indeks harga pengeluar (PPI) pengeluaran tempatan merosot 1.5% pada Mei 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Sektor yang mencatatkan penurunan pada bulan itu adalah pertanian, perhutanan & perikanan (-12.8%), bekalan air (-2.3%), pembuatan (-0.6%) dan perlombongan (-0.4%), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dalam kenyataan hari ini.

“Bagaimanapun, indeks bekalan elektrik dan gas meningkat 1.2%,” katanya.

Pada asas bulan ke bulan, PPI pengeluaran tempatan meningkat 0.2% pada Mei.

“Peningkatan itu disumbangkan oleh indeks bagi perlombongan (+2.7%), pembuatan (+0.1%) dan bekalan elektrik & gas (+0.1%).

“Secara perbandingan, indeks bagi pertanian, perhutanan & perikanan dan bekalan air masing-masing turun 1.6% dan 0.2%,” kata DoSM.

Sementara PPI pengeluaran tempatan bagi Januari-Mei 2019 mencatatkan penurunan sebanyak 1.9% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...