Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Semua 71 Penumpang, Kru...

MOSCOW - Semua 71 penumpang dan kru pesawat dikendalikan Saratov Airlines, Russia yang...

Kit Siang Ucap Tahniah...

KUCHING - Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengucapkan tahniah kepada Pengerusi...

Anifah Minta Mahathir Tunaikan...

AHLI Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menuntut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

7-Eleven Akur Tidak Jual...

JAKARTA – Ketika pasar mini serbaneka 7-Eleven di Malaysia bebas menjual arak, lain pula...

Premis Urut Tawar Promosi ‘Hebat’ Saat Taufan Membadai

IBARAT menangguk di air keruh, itulah yang dapat digambarkan dengan tindakan oportunis yang dilakukan oleh beberapa buah rumah urut di Kaohsiung, Taiwan.

Ketika penduduknya sedih bergelumang dengan kemusnahan yang ‘dibawa’ taufan Nepartak, terdapat beberapa buah rumah urut menjadikan situasi getir itu sebagai peluang untuk mereka menjana pendapatan lumayan.

Pengusaha tersebut dilaporkan sanggup menawarkan harga promosi istimewa untuk semua pelanggannya konon sebagai cara terapi untuk melupakan kesedihan akibat ditimpa bencana alam yang dahsyat itu.

Premis Urut Tawar Promosi 'Hebat' Saat Taufan Membadai

Malangnya, kegiatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan. Sejumlah 25 premis urut dan kedai penjagaan kulit yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran serta pemerdagangan manusia telah diserbu.

Menurut laporan daripada laman berita Sina, pihak berkuasa tempatan telah menemui beberapa orang pelacur warga Vietnam dan wanita untuk dijual di premis berkenaan dalam serbuan pada 10 Julai lalu.

“Saya tidak mempunyai makanan untuk dimakan dan anda (polis) sibuk hendak menangkap saya!” jerit seorang wanita dipercayai pelacur kepada anggota pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, pemerdagangan manusia merupakan satu masalah di Taiwan malah baru-baru ini penguatkuasa telah memperkasakan undang-undang dalam mengekang jaringan pelacuran tempatan mahupun antarabangsa.


Premis Urut Tawar Promosi 'Hebat' Saat Taufan Membadai

Premis Urut Tawar Promosi 'Hebat' Saat Taufan Membadai

Bagaimanapun, taufan tropika Nepartak berkelajuan 280 kilometer sejam yang melanda itu seolah-olah tidak menghalang pengusaha premis berkenaan untuk meneruskan aktiviti perniagaan maksiat mereka.

Dalam kejadian taufan yang melanda kepulauan itu, hampir 9,000 penduduk dipindahkan dari rumah yang terdedah kepada bencana tanah runtuh atau banjir dan kira-kira 1,800 mangsa berada di pusat perlindungan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori