Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Menara KL Dibuka Semula...

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur mensasarkan 30,000 pengunjung sempena pembukaan semula mercu tanda ikonik ibu kota 1 Oktober ini.Pembukaan semula menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh di dunia itu juga bersempena sambutan 25 tahun pembinaannya.

100,000 Topeng Muka Sumbangan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 100,000 keping topeng muka tiga lapis sumbangan oleh China tiba...

Lapangan Terbang Changi Kendali...

SINGAPURA - Changi Airport Group (CAG) hari ini melakar satu lagi detik bermakna...

Kalau BN Perintah Pasti...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata...

Presiden Ecuador Jual Syarikat Udara Negara Sebab…

QUITO – Presiden Ecuador, Rafael Vicente Correa menyuarakan keinginannya untuk menjual Tame, syarikat penerbangan milik negara Amerika Latin itu demi menampung kos pemulihan pasca gempa bumi baru-baru ini.

Hasrat tersebut diluahkan Correa, 53; yang pernah menjadi menteri kewangan sebelum dilantik sebagai presiden sejak 2007; ketika memberi ucapan pembukaan tahunan di hadapan Parlimen Ecuador pada 24 Mei lalu.

Menurut beliau yang dipetik agensi berita antarabangsa Associated Press, ada dua kemungkinan yang mampu dilakukan pihak pemerintah Ecuador susulan bencana alam terburuk di negara tersebut pada 16 April lalu.

Pertama ujar Correa, adalah menjual sepenuhnya Tame Airline yang ditubuhkan sejak 1962, atau kedua membuka kebarangkalian untuk penanam modal membeli sebahagian besar saham dari syarikat udara kebangsaan itu.

Tame yang memiliki 21 buah pesawat pelbagai model dan terbang ke 25 destinasi di rantau Caribbean; dahulunya pernah di bawah pentadbiran tentera udara Ecuador sebelum diambil alih oleh pihak kerajaan pada 2011 lalu.

Presiden Ecuador Jual Syarikat Udara Negara Sebab...

Penjualan ini bagaimanapun jika sampai kepada peringkat terdesak mungkin diperluaskan lagi dengan meliputi pelbagai syarikat berkaitan kerajaan yang lain termasuk firma perbankan, kejuruteraan dan penjanaan tenaga.


Ecuador yang merdeka daripada Colombia pada 1830 dianggap ekonomi lemah sehingga memaksa ia memakai mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2000 sekali gus memansuhkan mata wang tempatannya, sucre.

Correa mengaku beliau ingin menghabiskan satu tahun terakhir tempoh pemerintahannya dengan membangunkan kembali Ecuador yang hancur akibat gempa dengan kekuatan 7.8 pada skala Richter pertengahan bulan lalu.

Bencana dahsyat itu meragut seramai 661 nyawa dan sembilan masih lagi hilang manakala 22,732 orang cedera selain mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal ekoran 1,034 gegaran susulan sehingga 28 April.

Correa menganggarkan, proses pemulihan Ecuador memerlukan dana lebih AS$3 bilion (kira-kira RM12.3 bilion) dan merayu ihsan masyarakat antarabangsa untuk membantu negara berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori