Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perintah Larangan Terhadap Media...

TENOM : Pihak pendakwaan membantah permintaan peguam bela mewakili Ebit Lew yang memohon...

Kerajaan Gagal Menilai Syarikat...

KUALA LUMPUR : Penilaian kerajaan ke atas Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS)...

BR1M, Usaha Ikhlas Bantu...

SANDAKAN - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan usaha ikhlas kerajaan membantu meringankan beban...

Tanah Runtuh: Penjawat Awam...

AMPANG – Seorang penjawat awam ditahan dipercayai terbabit dalam kes kecurian barangan milik...

PRN Melaka: Kaedah Pengundian Ambil Kira SOP Covid-19

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperhalusi kaedah baharu pengundian bagi mengurangkan kesesakan pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diputuskan 20 November ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, kaedah berkenaan akan berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, panduan yang sama juga akan digunakan sepanjang kempen berlangsung.

“Dari segi SOP di pusat mengundi memang ketat (dengan) syarat vaksin, pemakaian pelitup muka, penjarakan dan sebagainya memang ada dan di peringkat urusetia serta petugas, kita tidak akan bertolak ansur.

“Kepada semua pengundi (diharap) tidak datang mengundi secara serentak, kerana tetapkan waktu 8 pagi hingga 5.30 petang, waktunya agak panjang yang mana kalau boleh warga emas (mengundi) awal pagi, yang muda biarlah lewat sedikit supaya tidak berlaku kesesakan.

“(Bagaimanapun) kita akan buat cadangan masa untuk keluar mengundi melalui aplikasi seperti Mysejahtera,”katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Yang ke-15 di Banda Hilir, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah SPR Melaka, Rudy Rohan Johan.


Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, kaedah serta SOP muktamad mengenai pelaksanaan pilihan raya berkenaan masih di peringkat rundingan bersama MKN, KKM dan PDRM.

Beliau turut memberitahu, SPR dijangka membelanjakan sejumlah RM46 juta bagi PRN itu selepas mengambil kira situasi negara yang masih berada dalam fasa pandemik Covid-19.

Selain itu, kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi disasar akan keluar mengundi, malah sasaran itu lebih rendah berbanding jumlah biasa pada penganjuran pilihan raya sebelumnya berikutan faktor Covid-19.

“Bagi pihak SPR kalau boleh sememangnya kita mahu sasaran yang positif, tetapi memandangkan faktor Covid-19, sasaran itu agak rendah yang mana selalunya kita menetapkan 80 peratus akan keluar mengundi,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori