Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Yeo Poh Dilantik Pengerusi...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini melantik bekas Pengerusi Majlis...

Kelab Palestin Chile Lawan...

RAMALLAH - Ibarat meraikan persamaan jati diri menerusi sukan, itulah yang dilakukan oleh...

Waktu Subuh Di Perak...

IPOH - Waktu solat Subuh di Perak ditambah lapan minit daripada waktu sedia...

Bapa Tak Suka BF...

NAK tergelak pun ada! Zaman sekarang ada lagi ibu bapa yang mengambil kira...

Program Pembekalan Susu Di Sekolah Diteruskan

PUTRAJAYA – Program pembekalan susu di sekolah akan diteruskan menerusi peruntukan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2019, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata bagaimanapun beberapa penambahbaikan akan dibuat bagi memastikan program itu capai objektif yang disasarkan dengan tangani semua kelemahan pelaksanaan termasuk proses perolehan.

ā€œKPM juga akur tentang wujudnya ketirisan dan kelemahan dalam pelaksanaan program susu ini sewaktu pentadbiran yang lalu dan usaha penyiasatan akan diambil untuk melihat punca kelemahan tersebut dan pihak yang terlibat.

ā€œSiasatan akan dilakukan untuk memastikan perkara yang sama tidak akan berulang,ā€ katanya.

Menurutnya KPM akan memastikan segala kelemahan yang berlaku sebelum ini akan diperbaiki dengan segera dan pelaksanaannya kelak lebih telus selari dengan dasar kerajaan baharu yang menitikberatkan aspek akauntabliti dan integriti.


Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kerajaan akan menyemak kembali pelaksanaan Program Susu 1Malaysia (PS1M) sebelum membuat keputusan sama ada meneruskan ataupun membatalkan program itu pada tahun depan.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mempersoalkan status PS1M apabila susu kotak di bawah program itu tidak diedarkan sejak Januari lepas walaupun mempunyai peruntukan di bawah Belanjawan 2018 yang dibentangkan kerajaan terdahulu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • susu

Kategori