Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kastam Gantung Lesen 20...

SIBU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengumumkan penggantungan lesen 20 ejen penghantaran...

PPBM ‘Celaru’ Akibat Kemelut...

ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat sebagai sebuah 'parti bercelaru'...

Pasangan Kekasih Dikecam Bergayut...

PASANGAN kekasih yang mengecapi populariti dengan berkongsi gambar percutian luar biasa mereka di...

Adenan: Sarawak Tumpu Sedia...

KUCHING - Sarawak kini menumpukan untuk menyediakan pendidikan teknikal yang amat diperlukan oleh...

‘Proksi’ Filem Jenayah Siber Pertama Di Malaysia

UNIK… Bosan tema cinta atau komedi, apa kata saksikan filem aksi berkisarkan isu keganasan siber dan penipuan media maya bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara tidak lama lagi.

Filem diberi tajuk Proksi dibintangi pelakon popular tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Ashraff Sinclair, Bront Palarae, Remy Ishak, Sangeeta Krishnansamy, Susan Lankester dan Adrianna Qasmina.

Sangeeta Krishnansamy
Adrianna Qasmina
Susan Lankester
Remy Ishak
Bront Palarae
Faizal Hussein dan Datuk Rosyam Nor
Ashraff Sinclair

Filem tersebut berkisarkan tentang kehidupan seorang penggodam bernama Aman (Ashraff Sinclair) dan rakannya Sam (Bront Palarae) berusaha menyelamat data dan maklumat rahsia negara daripada ancaman siber.

Proksi adalah filem pertama di Malaysia yang menceritakan tentang jenayah siber yang berbentuk aksi.

Menurut pengarah filem tersebut, Zulkarnain Azhar, Proksi mahu mendedahkan kepada masyarakat tentang jenayah siber yang benar-benar berlaku pada masa kini.

Pengarah filem Proksi, Zulkarnain Azhar

“Tujuan filem ini diadakan supaya kita nak membuka mata masyarakat bahawa jenayah siber dan berita palsu memang sebenarnya berlaku, mampu ancam negara dan boleh menjatuhkan mana-mana pihak,” katanya ketika ditemubual.

Zul mengakui Proksi adalah filem yang sangat mencabar kerana bagi menghasilkan filem tersebut perlu berjiwa besar dan mengetahui maklumat berkenaan penggodam.


Beliau sendiri telah berjumpa dengan beberapa penggodam bagi mendapatkan maklumat berkenaan siber dan berusaha menghasilkan filem ini mengikut realiti.

Berbaki tiga hari sahaja lagi penggambaran filem tersebut selesai dan bakal ditayangkan di pawagam pada hujung tahun ini.

Zul berharap filem ini dapat ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dan mahu masyarakat menyedari jenayah siber yang berlaku pada masa kini dengan mengambil langkah berhati-hati data peribadi masing-masing.

Sebelum ini, Zul juga merupakan pengarah bagi filem J Revolusi. Filem tersebut telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM7.13 juta serta mendapat tempat di Singapura dan Brunei. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori