Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Penduduk Mahu Era Gemilang...

SUNGAI SIPUT - Selama dua penggal tanpa sebarang kemajuan di bawah teraju pembangkang,...

Tsunami Melayu Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin tsunami Melayu...

1,444 Majikan Gagal Daftar...

PETALING JAYA - Sejumlah 1,444 majikan gagal mendaftar pekerja masing-masing sebagai pencarum di...

PRU14 Bukan Waktu Untuk...

KUALA LIPIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa Pilihan...

PSC: AirAsia Sila Berkorban, Belajar Sejarah LCCT

ALAHAI… Setelah kantoi didakwa mengenakan caj tersembunyi yang konon dijenamakan semula sebagai fi KLIA2 sebanyak RM3, AirAsia tampak cuba berdalih seperti menegakkan benang basah.

Walhal apabila mula diperkenalkan tiga tahun lalu, operator udara popular tersebut mendakwa caj berkenaan konon untuk tanggung perkara yang tidak pernah wujud di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebelum itu.

Ini termasuklah jejambat udara, sistem daftar masuk dan segala macam benda baharu di KLIA2 yang memang tiada langsung pun di LCCT dibuka pada 2006 dengan kos hanya RM108 juta sebelum ditutup lapan tahun kemudian.

Hari ini, nadanya berubah dan lebih ‘hebat’ syarikat penerbangan tambang rendah tempatan itu mendakwa konon levi itu untuk selenggara pesawat mereka yang terganggu akibat mendapan tanah di kawasan parkir terminal.

Lebih aib apabila AirAsia cuba melemparkan tohmahan buruk dengan memperdayakan penumpang konon segala masalah di KLIA2 mengakibatkan kerosakan kepada pesawat dan syarikat itu seolah-olah tiada duit untuk baikinya!

Biar betul jika diimbas semula AirAsia seumpama cuba ‘kongkalikong’ imej KLIA2 dan kemudian menjadikan isu penyeragaman PSC mulai 1 Januari ini pula dengan KLIA sebagai modal baharu untuk menagih simpati umum.

Realitinya pihak kerajaan terpaksa membelanjakan RM60 juta setiap tahun dalam bentuk subsidi bersilang jika kadar PSC antara KLIA dan KLIA2 tidak diselaraskan seumpama mewujudkan jurang besar antara dua darjat.

Bayangkanlah penumpang di 38 buah lapangan terbang lain di seluruh negara yang lebih teruk keadannya terpaksa bayar PSC tinggi untuk tanggung kos penyelenggaraan KLIA2 padahal mereka tidak pun menggunakan terminal itu.

Adakah ini adil? Subsidi itu bak kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Jen. (B) Tan Sri Abdullah Ahmad kepada Bernama sepatutnya dimanfaatkan untuk perkara lain demi kepentingan rakyat.

“PSC kita adalah antara yang paling rendah di dunia,” kata Abdullah senada dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau malah tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan AirAsia mengenakan yuran penumpang sebanyak RM3 tetapi menyatakannya sebagai bayaran KLIA2 pada setiap tiket sejak berpindah ke situ dari LCCT pada 2014.

Kesal dengan senario pelik itu, Mavcom ujarnya menyifatkan tindakan AirAsia tersebut sebagai jelas tidak beretika apabila syarikat penerbangan tersebut secara terang mengenakan caj itu namun menggunakan nama pihak lain.

Mengenai dakwaan PSC menjejaskan aliran trafik penumpang, beliau sependapat dengan pandangan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang mewakili 265 anggota iaitu syarikat penerbangan seluruh dunia.


 Baca: Mr. Tony! Ini KLIA2lah, Zaman LCCT Dah Berlalu

Dan: Trend Melancong Makin Naik Tapi AirAsia Kecoh PSC Pula

Juga: Bos AirAsia Marah PSC Tapi Dia Pun Buat PSC Sendiri

Suasana lobi LCCT sebelum ditutup berpindah ke KLIA2 pada 2014. – Gambar hiasan

Berdasarkan pengalaman di luar negara waima negara maju, kadar PSC tidak menjejaskan pergerakan penumpang tetapi isu keadaan keselamatan di terminal destinasi yang secara langsung banyak mempengaruhi perjalanan udara.

Terbaharu jumlah trafik penumpang MAHB pada November berdasarkan data tahun-ke-tahun menunjukkan trend peningkatan signifikan, waima rekod dua digit di KLIA2 lebih tinggi berbanding induknya iaitu KLIA sendiri.

Secara purata, kajian Mavcom menunjukkan hanya empat peratus penumpang yang akan menanggung kos tambahan apabila kadar PSC meningkat kepada RM73 daripada RM50 tahun depan dan ‘mereka masih mampu’.

Meskipun PSC diselaraskan mulai bulan depan, Mavcom memastikan bahawa caj lapangan terbang di Malaysia masih kekal antara terendah di rantau ini. Untuk rekod, kadar PSC baharu bagi penerbangan domestik ialah RM11.

Kali terakhir Malaysia semak semula PSC ialah pada 2011. Lebih unik, PSC destinasi ASEAN diturunkan kepada RM35 daripada RM65 kerana kajian menunjukkan kelas menengah Malaysia gemar bercuti di sekitar rantau ini.

Hakikatnya kadar PSC setara di Malaysia kini mematuhi keperluan penerbangan global sekali gus meletakkan negara ini pada kedudukan yang baik dalam kalangan kumpulan penerbangan antarabangsa, jelas Abdullah lagi.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak tertentu yang menyatakan konon langkah Mavcom menyelaraskan PSC adalah tidak baik apabila sebenarnya ‘ia langkah terbaik untuk kita semua’.

“Sebagai contoh sebelum ini, PSC bagi ASEAN dan destinasi antarabangsa di Eropah dan Amerika Syarikat misalnya adalah sama iaitu RM65 yang kami sendiri berasa tidak adil, jadi Mavcom telah menurunkannya,” kata Abdullah.

Hasilnya, kira-kira 12.5 juta penumpang mendapat manfaat daripada PSC yang lebih rendah bagi destinasi ASEAN dan secara tidak langsung menggalakkan penerbangan serantau kerana kos lebih bajet sesuai dengan kemampuan.

Kepada AirAsia, silalah berkorban sedikit demi kepentingan penumpang dan belajar daripada sejarah kesilapan LCCT yang terkenal dengan imej terminal buruk seumpama kita berada di negara mundur. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori