Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

Mufti Tak Salah Sebab...

KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron menjelaskan tindakan Mufti...

Video: Muslimah Berbaju Kurung...

AKSI seorang wanita yang elok bertudung namun mencuri di sebuah kedai makan berhampiran Kompleks...

WOW!! Dato ‘Terlajak Laris’...

SIAPA tak kenal Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman yang popular dengan jolokan ‘Datuk Terlajak Laris’ bukan?Malah, cerita...

559 Mangsa Banjir Pitas...

Kota Kinabalu : Seramai 559 mangsa banjir membabitkan 183 keluarga masih berlindung di...

Pulau Sampah Di Indonesia Mahu Bertukar Wajah

SEBUAH pulau di kawasan Teluk Muara Angke, Indonesia terlalu dicemari dengan sampah-sarap sehingga ia digelar ‘pulau sampah’.

Malah, volum sampahnya terlalu tinggi sehinggakan orang awam boleh berdiri dan berjalan di atas timbunan sampah berkenaan.

Dilaporkan, sampah-sampah tersebut terdiri daripada bekas plastik, botol air, bekas makanan, bekas pencuci dan juga serpihan kayu.

‘Pulau sampah’ ini bakal bertukar wajah apabila kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh 80 hingga 100 orang petugas dari Jabatan Alam Sekitar Kepulauan Seribu.

Sampah tersebut telah dibawa menggunakan kapal fiber dan trak untuk dipindahkan ke tapak pelupusan sampah di daerah Bantar Gebang.


Ketua Jabatan Alam Sekitar Kepulauan Seribu, Yusen Hardiman berkata, sampah tersebut telah dibawa angin dan ombak sehingga terkumpul di kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

“Pada mulanya agak sukar untuk membersihkan kawasan ini kerana kapal-kapal kami tidak boleh masuk. Namun kami telah mengerah 100 orang petugas bagi membersihkan sampah yang sudah bertahun lamanya di sini yang dibawa angin dan ombak.

“Selepas selesai kerja-kerja pembersihan, kami merancang untuk menanam pokok bakau di kawasan ini,” katanya kepada program berita Liputan 6.

Sehingga kini, kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dan mengambil masa bagi membersihkan kawasan tersebut sehingga benar-benar bersih daripada sampah. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori