Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Pelanggan Fareeda Berasak...

BARU sahaja reda kontroversi video 'serangan' tudung Fareeda, nama pasangan Fizo Omar dan...

6 Perangkap ‘Shopping’ Yang...

PENDAPATAN yang kita perolehi boleh mencukupi untuk semua keperluan sekiranya kita lebih berhati-hati...

KAFA Perlu Teliti Pemain...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) harus teliti dalam pemilihan pemain...

Ketidakseimbangan Pasaran Hartanah Berlanjutan...

KUALA LUMPUR - Ketidakseimbangan dalam pasaran hartanah terus berlarutan, kata Bank Negara Malaysia. Bank...

Pulau Sampah Di Indonesia Mahu Bertukar Wajah

SEBUAH pulau di kawasan Teluk Muara Angke, Indonesia terlalu dicemari dengan sampah-sarap sehingga ia digelar ‘pulau sampah’.

Malah, volum sampahnya terlalu tinggi sehinggakan orang awam boleh berdiri dan berjalan di atas timbunan sampah berkenaan.

Dilaporkan, sampah-sampah tersebut terdiri daripada bekas plastik, botol air, bekas makanan, bekas pencuci dan juga serpihan kayu.

‘Pulau sampah’ ini bakal bertukar wajah apabila kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh 80 hingga 100 orang petugas dari Jabatan Alam Sekitar Kepulauan Seribu.

Sampah tersebut telah dibawa menggunakan kapal fiber dan trak untuk dipindahkan ke tapak pelupusan sampah di daerah Bantar Gebang.


Ketua Jabatan Alam Sekitar Kepulauan Seribu, Yusen Hardiman berkata, sampah tersebut telah dibawa angin dan ombak sehingga terkumpul di kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

“Pada mulanya agak sukar untuk membersihkan kawasan ini kerana kapal-kapal kami tidak boleh masuk. Namun kami telah mengerah 100 orang petugas bagi membersihkan sampah yang sudah bertahun lamanya di sini yang dibawa angin dan ombak.

“Selepas selesai kerja-kerja pembersihan, kami merancang untuk menanam pokok bakau di kawasan ini,” katanya kepada program berita Liputan 6.

Sehingga kini, kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dan mengambil masa bagi membersihkan kawasan tersebut sehingga benar-benar bersih daripada sampah. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori