• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Beli-Belah Beroperasi Semula

by
04/05/2020
in Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei lalu untuk membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal disambut baik oleh pengendali pusat beli-belah di Lembah Klang.

Selepas dua bulan menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19), pengumuman tersebut memberikan kelegaan kepada pemilik pusat beli-belah untuk meneruskan operasi perniagaan sedia ada sepanjang PKPB sementara mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Plaza Shah Alam menjalankan kerja-kerja pembersihan sanitasi mengikuti SOP yang ditetapkan untuk beroperasi.

Selain itu, mereka menggunakan platform media sosial untuk menyalurkan maklumat dan perkembangan operasi perniagaan dari masa ke masa kepada orang ramai.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pusat beli-belah 1 Utama di Bandar Utama dekat sini dibuka sepanjang pelaksanaan PKP tetapi ia hanya libatkan perkhidmatan penting, pasar raya serta premis makanan dan minuman dengan waktu operasi yang dipendekkan dari jam 10 pagi hingga 8 malam serta dianggarkan kira-kira 100 kedai dibuka daripada lebih 700 penyewa biasa.

1 Utama dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam berkata, dalam tempoh PKPB yang bermula hari ini, pusat beli-belah itu sedang berunding dengan penyewa mengenai prosedur pembukaan semula operasi perniagaan mereka untuk memastikan SOP keselamatan yang ketat dilaksanakan.

Jelas 1 Utama, pusat beli-belah itu akan beroperasi seperti biasa dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari tetapi terdapat kedai yang akan dibuka lebih awal mengikut kategori seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Terdapat juga beberapa kedai yang masih tidak dibuka seperti panggung wayang, gimnasium, salon dan lain-lain,” menurut pihak pengurusan 1 Utama.

1 Utama juga melancarkan pemeriksaan kesihatan pengimbasan QR melalui aplikasi mudah alih untuk pembeli, kakitangan kedai dan penyewa untuk pengesanan hubungan yang diperlukan MKN.

“Kami memastikan aspek kebersihan dan keselamatan sentiasa terjaga untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk kakitangan, penyewa dan pembeli, dan akan terus melakukannya dengan lebih berhati-hati sepanjang PKPB.

“Kami menyediakan stesen pembersih percuma yang boleh digunakan oleh pembeli dan bangunan dibersihkan dengan disinfektan kelas hospital di kawasan awam.

“Kami juga menggunakan lampu UV yang dipasang di AHU (unit pengendalian udara) untuk membunuh mikrob, bakteria dan virus berbahaya dan sistem penapisan udara yang komprehensif untuk udara dalaman yang segar,” katanya.

Sepanjang tempoh PKP, 1 Utama memasang penanda penjarakan sosial, lif dan lain-lain, lokasi pengambilan makanan dan minuman yang ditentukan untuk memudahkan penghantaran makanan untuk Grab, Foodpanda dan lain-lain untuk pengendalian makanan yang lebih selamat dan keselamatan keseluruhan.

BERFASA

Sementara itu, pusat pemborong terbesar di Malaysia, GM Klang di Klang juga dilaporkan dibuka hari ini kepada pelanggan dan ia tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.Sebanyak 1,000 kedai di GM Klang dibuka bermula hari ini.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, GM Klang menjangkakan lebih 1,000 kedai bakal beroperasi kembali (di bawah kategori perniagaan yang dibenarkan buka) bermula hari ini secara berfasa.

Menurutnya, pengoperasian premis perniagaan di GM Klang secara berperingkat itu dilaksanakan disebabkan terdapat segelintir peniaga memerlukan masa untuk membuat persiapan memulakan operasi.

“GM Klang seperti juga pihak-pihak yang lain akan mengamalkan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan kompleks kami seperti penyediaan sanitasi tangan, saringan kesihatan sebelum para pengunjung memasuki bangunan kom¬pleks,” katanya.

Norsuhaida berkata, GM Klang juga melaksanakan penjarakkan sosial di tempat-tempat sesak seperti lif, medan selera, ruang kaunter perkhidmatan awam dan setiap kedai juga perlu mengamalkan SOP itu bagi memastikan GM Klang sentiasa menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat.

Antara pusat beli-belah yang beroperasi di Lembah Klang:

1. AEON Retail Malaysia

2. Subang Parade

3. MidValley Megamall

4. 1 Utama

5. Citta Mall

6. Melawati Mall

7. IPC Shopping Centre

8. Alamanda Shopping Centre

9. IOI City Mall

10. Tropicana Gardens Mall

11. Suria KLCC

12. Lot 10 Kuala Lumpur

13. Berjaya Times Square Kuala Lumpur

14. Pavilion KL

15. Fahrenheit88 Kuala Lumpur

16. Quill City Mall Kuala Lumpur

17. Setia City Mall

18. Sogo

19. Sunway Pyramid

20. Sunway Velocity Mall

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyaratpusat beli-belah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

  • Trending
  • Comments
  • Terkini
Tercekik Gula-gula Kenyal: ‘Anak Saya Makin Tenat, Otak Bengkak, Saluran Darah Pecah’

Tercekik Gula-gula Kenyal: ‘Anak Saya Makin Tenat, Otak Bengkak, Saluran Darah Pecah’

20/02/2025
Pengasuh Dengar Suara Zayn Rayyan Seolah-Olah Cuba Lepaskan Diri

Pengasuh Dengar Suara Zayn Rayyan Seolah-Olah Cuba Lepaskan Diri

19/02/2025
Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

16/02/2025

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah

728
Polis Siasat Kenyataan Abdul Hadi

Polis Siasat Kenyataan Abdul Hadi

505

Polis Kelantan Perketat Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand Menjelang 1 April

495
Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
Lebih 24 Jam Padam Kebakaran Kedai Karpet Di Nilai 3

Lebih 24 Jam Padam Kebakaran Kedai Karpet Di Nilai 3

22/02/2025
Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
MYNEWSHUB

Powered by OMM

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

Powered by OMM