Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ukraine Jamin Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertahan Ukraine, Ihor Kabanenko memberi jaminan akan memberi...

Perlis Tidak Dalam Radar...

KANGAR – Kekurangan prasarana menyebabkan negeri Perlis tidak berada dalam radar pelabur, sekali...

Isu 3R: Polis Rakam...

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri...

Menara Taming Sari Sasar...

MELAKA - Menara Taming Sari Bhd (MTSB) menyasarkan hasil jualan tiket berjumlah RM7.5...

Qatar Bayar Pengganas AS$1 Bilion Bebas 26 Tebusan

DOHA – Kerajaan Qatar dilaporkan membayar wang tebusan AS$1 bilion kepada rejim Iran dan sekutu al-Qaeda di Syria untuk pembebasan tahanan termasuk anggota kerabat diraja Qatar.

Portal MailOnline melaporkan, tindakan pembayaran pampasan itu mungkin menjadi punca Arab Saudi dan lapan buah negara Arab lain sanggup memutuskan hubungan diplomatik secara mengejut dengan Doha pada Isnin lalu.

Negara terlibat ialah Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Yaman, Libya, Maldives, Jordan dan Mauritania manakala Malaysia dan jirannya, Indonesia sebagai negara teramai umat Islam di dunia tidak berbuat demikian.

Wang tebusan mewah itu dibayar secara rahsia oleh pemerintah Doha bagi usaha pembebasan seramai 26 orang tawanan termasuk beberapa ahli kerabat diraja Qatar selepas mereka dapat diculik oleh militan di selatan Iraq.

Insiden yang tidak dijangka tersebut berlaku ketika kumpulan berkenaan sedang sibuk menyertai aktiviti lasak pemburuan haiwan liar dengan menggunakan bantuan burung helang terlatih pada 16 Disember 2015 lalu.

Kumpulan pemburu pelbagai kewarganegaraan itu berjaya diculik oleh penganas antarabangsa tersebut ketika mereka memasuki Iraq menerusi wilayah Muthanna, kira-kira 370 kilometer tenggara dari ibu kota Baghdad.

Seramai 11 orang daripada mereka merupakan ahli keluarga pemerintah diraja Qatar. Doha dikatakan serba salah dalam isu tersebut selain tidak mahu mengulangi nasib malang yang pernah dialami ramai tebusan sebelum itu.


Justeru Qatar membayar pampasan itu pada awal tahun ini kepada sekutu al-Qaeda yang berperang di Syria dan pihak keselamatan Iran, kata sumber seorang individu yang terlibat dalam rundingan pampasan pada April lalu.

“Pembayaran tebusan (oleh Qatar) itu mencetuskan reaksi mengejut secara besar-besaran (daripada negara-negara Teluk),” kata seorang pemerhati politik Asia Barat dalam ulasan kepada akhbar antarabangsa, Financial Times.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selain rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin dan Amerika Syarikat, Donald Trump ketika ini berusaha untuk memulihkan krisis diplomatik Teluk itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori