Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Cadangan Tubuh Kor Sukarelawan...

KOTA KINABALU - Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan...

Suspek Kes Tetak Empat...

Johor Bahru : Polis masih memburu suspek kes tetak empat sekeluarga di Kampung...

Ayda Jebat Kena Ragut,...

NASIB malang menimpa pelakon dan penyanyi Ayda Jebat apabila beg tangan miliknya diragut...

Kebakaran Bukan Kerana Litar...

KUALA LUMPUR - Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di...

Qobin Berjaya Dibawa Keluar Dari Union Glasier Antartika

KUALA LUMPUR – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin tiba di Punta Arenas, Chile pada 8 malam waktu Malaysia (9 pagi waktu tempatan) semalam selepas berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat dari benua Antartika.

Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof dalam catatan akaun facebooknya berkata Qobin dibawa keluar dari Union Glacier, Antartika menaiki pesawat susulan keadaan cuaca baik di Antartika.

Beliau berkata penerbangan Qobin yang dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk yang tidak mengizinkan untuk pesawat terbang keluar dari Union Glacier.

“Kami di sini menyambut ketibaan Qobin dengan emosi bercampur baur lebih-lebih lagi apabila melihat Jalur Gemilang berjaya dikibarkan rakyat Malaysia di titik 90 darjah Kutub Selatan.

“Sekali gus meletakkan nama Qobin sebagai Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia yang juga merupakan sejarah baru untuk Malaysia,” katanya yang berada di Punta Arenas bersama Pengarah Media dan Publisiti KE7B Malaysia, Hazran Mohamed.

Akmar Hisham berkata pihaknya kini sedang mengatur penerbangan Qobin dari Punta Arenas ke Santiago, Chile.


Qobin, 36, yang melakukan Ekspedisi Penjelajahan Grand Slam Malaysia 2017 melalui KE7B, berjaya menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam pertama Malaysia selepas berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Kutub Selatan itu pada 4.05 petang Rabu (11.05 pagi Khamis waktu Malaysia) dalam kumpulan yang turut disertai enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.

Qobin turut mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.

Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan kepada seseorang yang menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Qobin

Kategori