Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Perlis Tawar Jadi Venue...

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menawarkan Perlis sebagai venue utama...

Diugut Bunuh Kerana Hina...

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.Padah menghina pemergian bekas Menteri Besar...

Polis Beri Jaminan Keadaan...

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor memberi jaminan keadaan di...

Dasar Pengurangan Risiko Bencana...

KUALA LUMPUR - Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan yang sedang dibangunkan Agensi Pengurusan...

Radiasi Menara Telekomunikasi Tidak Bahaya – MCMC

PUTRAJAYA – Pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak berupaya membawa risiko kesihatan kepada masyarakat sekitar, termasuk golongan warga tua atau kanak-kanak, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, setiap pembinaan atau penempatan menara telekomunikasi dibuat mengikut garis panduan sedia ada termasuk jarak antara menara telekomunikasi dengan kawasan perumahan.

Kadar pancaran Frekuensi Radio Medan Elektromagnet (RF-EMF) dari menara telekomunikasi di negara ini adalah terkawal pada setiap masa iaitu di bawah had yang disyorkan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP).

Menurut MCMC, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merumuskan bahawa melalui kajian-kajian yang telah dilaksanakan terbukti bahawa pendedahan EMF oleh struktur pemancar telekomunikasi terhadap sistem biologi tidak menjejaskan kesihatan.

Fakta itu turut disokong oleh Kementerian Kesihatan yang menyatakan bahawa tiada bukti saintifik yang meyakinkan untuk mengaitkan dakwaan risiko radiasi terhadap kesihatan daripada struktur pemancar telekomunikasi.


Menurut MCMC lagi, ujian tahap pancaran frekuensi radio (RF) kendalian Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di seluruh negara juga mendapati radiasi di kawasan sekitar pemancar adalah amat rendah dan berada pada tahap selamat.

“Orang awam diminta merujuk kepada sumber yang sahih atau pakar bertauliah yang diiktiraf kerajaan bagi mengelakkan salah faham berkenaan isu RF-EMF ini,” kata kenyataan itu.

MCMC turut memberi jaminan bahawa pihaknya sentiasa memantau pembinaan, penempatan serta tahap radiasi yang dihasilkan oleh pemancar komunikasi di Malaysia.

Kategori