Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

Bantah Cadangan Kerajaan Wujudkan...

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Selangor membantah cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk...

Indonesia Tarik Balik Pembekuan...

Indonesia bersetuju untuk menarik semula sekatan kemasukan pekerjanya ke Malaysia bermula 1 Ogos...

Anggota PPBM Bantah Calon...

KUALA KANGSAR – Pemilihan Mohamad Isa Jaafar sebagai calon Amanah untuk bertanding bagi...

Bella Astillah Kecewa, Aliff...

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan tindakan terbaru...

Rahsia Lantai Masjidil Haram Sejuk Walau Cuaca Panas

MAKKAH – Jika pernah menunaikan ibadah haji atau umrah, adan mungkin mendapati tapak kaki berasa sejuk sebaik sahaja melangkah masuk ke Masjidil Haram dan di sekitar Kaabah di sini.

Mungkin anda tertanya-tanya kehairanan, di tengah-tengah cuaca panas terik di Arab Saudi, mengapa agaknya lantai marmar di Masjidil Haram dan sekitar kiblat umat Islam pula masih lagi terasa sejuk?

Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci memberitahu portal berita tempatan Al Arabiya bahawa sebab utama bagi hal aneh tersebut ialah jenis marmar yang digunakan sebagai permukaan lantai itu sendiri.

Menurut pejabat berkenaan, pihak berkuas Arab Saudi sanggup mengimport lantai marmar jenis jubin Thassos yang jarang didapati di mana-mana tempat dan hanya boleh diperoleh dari Greece.


Marmar Thassos itu sebenarnya dapat memancarkan kembali cahaya matahari terik dan mengelak haba meresap semula ke dalam lantai marmar pada sebelah siang jika suhu panas.

Ada sesetengah pihak mendakwa lantai terasa sejuk kerana konon paip dengan air sejuk dipasang di sebalik lantai marmar, namun dakwaan itu ditolak oleh pihak berkuasa, menurut Al Arabiya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori