Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Jurulatih Badminton Jepun,...

KUALA LUMPUR - Jurulatih badminton yang pernah membawa Jepun muncul juara Piala Thomas...

Siapa Penembak Lebih Hebat,...

SEPERTI yang semua sedia maklum, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah ditauliahkan...

Terbaik! Peringatan Hospital Tawau...

MENGERJAKAN solat lima waktu sememangnya ibadah yang diwajibkan ke atas semua penganut Islam.Di...

Saksi Kedua Kes SRC...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi...

Rain, Kim Tae Hee Sah Bergelar Suami Isteri

TEKA-TEKI tarikh perkahwinan pasangan popular Korea Selatan, Rain dan Kim Tae Hee akhirnya terjawab apabila mereka telah pun sah bergelar suami isteri, sebentar tadi.

Baca: Rain Umum Bakal Kahwini Kim Tae Hee

Rain, Kim Tae Hee Sah Bergelar Suami Isteri

Menurut laporan Koreaboo, upacara perkahwinan ini berlangsung di Gereja Katedral Seoul, kira-kira jam 2 petang tadi waktu Korea.

Ketika majlis berlangsung, kelihatan banyak media dan peminat menunggu di luar gereja itu meskipun mengetahui upacara itu diadakan secara tertutup.

Difahamkan, kawasan upacara itu dikawal ketat oleh pengawal keselamatan untuk memastikan hanya mereka yang diundang sahaja dibenarkan masuk ke majlis bahagia pasangan terkenal itu.

Pun begitu, beberapa gambar ketika upacara perkahwinan pasangan ini berlangsung turut tersebar dipercayai dirakam secara curi-curi oleh tetamu.

Rain, Kim Tae Hee Sah Bergelar Suami Isteri

Rain, Kim Tae Hee Sah Bergelar Suami Isteri


Rain, Kim Tae Hee Sah Bergelar Suami Isteri

Sebelum ini, pelakon drama ‘Full House’ ini mendapat liputan meluas media apabila membuat pengumuman menerusi surat tulisan tangan di laman Instagramnya memaklumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan Kim Tae Hee.

Bagaimanapun, Rain tidak mendedahkan bila dan di mana ia berlangsung.

Pasangan ini menyulam cinta sejak lima tahun lalu dan dipercayai merupakan pasangan selebriti terkaya di negara Kimchi itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori