Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Shahrizat Terima Anugerah Pencapaian...

KUALA LUMPUR - Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri...

Gandingan Olimpian Batu Loncatan...

KUALA LUMPUR - Peluang bergandingan dengan Olimpian, Goh Liu Ying disifatkan pemain muda...

Mangsa Terakhir Kes Lemas...

KUALA BERANG - Mayat terakhir kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu...

Tiada PRK Bagi Kerusi...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Rain Umum Bakal Kahwini Kim Tae Hee

SETELAH lima tahun menyulam cinta, penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain mengumumkan bakal berkahwin dengan pelakon popular Kim Tae Hee.

Pengumuman bersejarah itu dibuat Rain menerusi satu surat tulisan tangan yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.

Rain Umum Bakal Kahwini Kim Tae Hee

“Saya bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik dan seorang lelaki sebagai ketua rumah tangga. Dia bersama dengan saya ketika susah dan senang.

“Majlis perkahwinan saya akan diadakan secara tertutup dan senyap.

“Saya harap anda semua dapat faham yang saya tidak boleh mendedahkan bila dan di mana majlis itu akan berlangsung,” antara ayat dalam surat tersebut.

고맙습니다…

A photo posted by RAIN♥ (@rain_oppa) on


Sementara itu, portal All Kpop melaporkan pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari ini di sebuah gereja di Seoul.

Namun, kedua-dua agensi pasangan menafikan tarikh tersebut.

Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2012.

Rain mencipta namanya di Malaysia apabila membintangi drama popular Korea, ‘Full House’, manakala Kim Tae Hee popular dengan beberapa drama antaranya Yong Pal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori