Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cumbu French Kiss Sebar...

AMSTERDAM – Ciuman ala Perancis atau popular disebut French Kiss biasanya dianggap cumbuan paling romantik,...

Adenan Sedia Timbang Lanjut...

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sedia mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh...

Pelakon Ditahan Polis, Cederakan...

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencederakan bekas tunangnya,...

DUN Sarawak Lulus Pindaan...

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang...

Rakyat Afghanistan Tabah Hadapi Keganasan Musim Pilihan Raya

PILIHAN RAYA Parlimen Afghanistan yang pertama dalam tempoh lapan tahun disulami keganasan dan kekacauan apabila beberapa serangan telah membunuh sekurang-kurangnya 36 orang.

Pada hari kedua pilihan raya dijalankan, 11 termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam satu serangan bom di tepi jalan di sebuah bandar timur Afghanistan.

Al-Jazeera melaporkan, sebuah kenderaan membawa orang awam menjadi sasaran bahan letupan IED itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Akhtar Mohammed Ibrahimi berkata, kesemua mereka terbunuh dalam 193 serangan pemberontakan di seluruh negara yang terdiri daripada 27 orang awam, lapan pegawai polis dan seorang askar Afghanistan.

Beliau berkata para pemberontak menggunakan pelbagai jenis senjata api termasuk bom tangan dan pelancar roket selain pasukan keselamatan membunuh 31 pemberontak.

Serangan yang paling serius terhadap pemilihan itu adalah di kawasan kejiranan utara Kabul di mana seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri sewaktu pengundian selesai, membunuh tiga orang manakala 20 yang lain cedera, kata Dr Esa Hashemi, seorang doktor di Hospital Afghanistan.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan berkata 15 orang terbunuh atau cedera, termasuk beberapa polis.


Ekoran kekacauan dan keganasan itu, kakitangan pilihan raya gagal muncul dan beberapa pusat mengundi dibuka lewat dari waktu yang ditetapkan hingga menyebabkan para pengundi terpaksa berbaris panjang.

Malah beberapa kawasan masih belum menunaikan tanggungjawab keluar mengundi termasuk Kandahar yang mana seorang ketua polis wilayah berkenaan ditembak mati pada Khamis lalu.

Pilihan raya kali ini membawa harapan tinggi buat rakyat Afghanistan yang mahu pembaharuan Parlimen, mengurangkan dominasi ketenteraan dan rasuah politik sekali gus menggantikan pemimpin itu dengan pemimpin muda yang lebih berpendidikan.

Pilihan raya kali ini melibatkan 34 wilayah dan 8,918,107 pemilih berdaftar. Sebanyak 21,000 tempat mengundi disediakan di 5,100 pusat pengundian seluruh negara. – Agensi

Kategori