Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

MB Selangor Mohon Maaf...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjalani kuarantin...

PMSP Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan...

Anda Kini Boleh Kenali...

MENJADI salah satu visi Google untuk memudahkan akses maklumat dan informasi oleh para...

1MDB: Pemilik Tunggal Syarikat...

PUTRAJAYA - Seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan yang merupakan individu ketiga ditahan...

Rakyat Teruja Saksi ‘Live’ Sanding Puteri Sultan Johor

MERAFAK sembah ucapan ribuan tahniah buat puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim atas pernikahan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah semalam.

Dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, kedua-dua pasangan ini telah selamat diijab kabul dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor.

Baca: Tunku Tun Aminah, Dennis Selamat Diijab Kabul

Juga: Perkahwinan Diraja Johor Penuh Adat Istiadat

Detik bersejarah Istiadat Persandingan puteri tunggal Johor itu turut dipancar secara langsung menerusi layar gergasi di dua lokasi iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru dan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Lagi: Lintas Langsung Istiadat Kahwin Tunku Tun Aminah

Majlis yang penuh istiadat itu turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila bukan sahaja disaksikan oleh rakyat Johor bahkan juga pelancong luar.

Terdapat antara mereka yang sanggup datang seawal jam 6 petang untuk mendapatkan lokasi tontonan yang baik.

Ada antara mereka yang datang bersama keluarga, pasangan dan tidak kurang rakan-rakan bagi melihat sendiri proses dan upacara istiadat persandingan puteri tunggal Sultan Johor itu.

Rata-rata pengunjung yang menyaksikan istiadat tersebut begitu teruja selain menzahirkan kata-kata tahniah kepada pasangan pengantin diraja berkenaan.

Mohammad Nur Haffis Rosman, 21, berkata dia datang ke dataran itu bersama saudara-mara menaiki lima buah kereta semata untuk menyaksikan majlis tersebut.


“Kami amat teruja melihat pasangan diraja itu di skrin besar dan datang awal untuk mendapat lokasi tontonan yang baik malam ini,” katanya dipetik mStar online.

Selain itu, Noraslinda Ismail, 35 mengatakan tidak sabar untuk menyaksikan persandingan itu kerana Tunku Tun Aminah merupakan idola dan juga inspirasi buat dirinya.

“Tunku Aminah sentiasa menjadi inspirasi kepada saya dan walaupun saya belum pernah bertemu dengannya, beliau kelihatan seperti seorang yang lemah-lembut dan peramah.

“Saya tidak mahu terlepas peluang menyaksikan majlis persandingan itu, jadi saya mengambil cuti untuk berada di sini,” ujarnya dipetik The Star.

Tunku Tun Aminah telah sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan hanya sekali lafaz dalam yang diucapkan dalam bahasa Melayu.

Pasangan diraja ini telah dinikahkan Mufti Negeri Johor, Datuk Mohd. Tahrir Kiyai Samsudin di mana merupakan wakil rasmi kepada Sultan johor setelah diperkenan oleh baginda. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori