Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Ditemukan Di...

LABUAN - Mayat seorang wanita dipercayai dalam lingkungan usia 20 tahun, ditemukan di...

Koroner Tolak Permohonan Peguam...

SHAH ALAM - Permohonan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk...

Wujudkan Sistem Amaran Banjir...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mencadangkan Sistem Amaran Siren Banjir Berpusat diwujudkan...

Sherry Belum Mahu Dedah...

BIARPUN ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang bertakhta di hatinya, pelakon dan...

Ramai Tergilakan Imma… Sayangnya Dia Tak Wujud!

LIRIKAN matanya yang menggoda, kulit yang halus, bibir dan rambut yang sempurna, tidak hairanlah ramai yang terpesona dengan kejelitaan model Jepun, Imma.

Tetapi satu perkara yang ramai orang tak sedar adalah, dia bukan manusia!

Imma, yang namanya bermaksud ‘sekarang’ dalam bahasa Jepun tercipta hasil dari teknik pemodelan CG.

Tetapi itu tidak menghalangnya daripada terus menjadi sensasi Instagram.

Sehingga kini Imma mempunyai lebih dari 17,000 pengikut di rangkaian sosial popular itu, lebih dari dua kali ganda berbanding jumlah pengikutnya beberapa hari lalu.

Semuanya gara-gara gambarnya tular di media sosial Jepun.

Deskripsi pada biografinya jelas menyatakan bahawa Imma adalah model maya, tetapi dengan wajah dan aksinya dalam gambar, amat sukar untuk mempercayai bahawa dia bukan manusia.


Menurut Grapee, Imma telah ditugaskan oleh ‘Produser M’ dan dia dicipta oleh syarikat pemodelan CG, ModellingCafeInc.

Sukar untuk menafikan bahawa mereka telah melakukan satu tugasan yang memberikan hasil luar biasa!

Imma membuat penampilan pertamanya tahun lepas, tetapi tahun 2019 adalah tahun yang membawa tuah. – Agensi

Kategori