Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi...

IPOH - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang sedang berkonvoi maut dalam kemalangan...

Pyongyang Beri Amaran Kepada...

SEOUL - Korea Utara memberi amaran Amerika Syarikat (AS) perlu 'membayar harga sewajarnya'...

Foto Anak Harith Iskander...

PENGACARA dan pelawak Harith Iskander kini sudah boleh menarik nafas lega selepas gambar...

Hanya 3 Kekal, FAM...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim disahkan sebagai...

“Ramai Gelisah Dengan Cara Siti Kasim…” – Dr. Maza

KONTROVERSI yang sering melanda peguam dan aktivis pro-Pakatan Harapan (PH), Siti Zabedah Kasim turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, wanita tersebut atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim telah menimbulkan kegelisahan banyak pihak berhubung dengan cara dan apa yang dilakukannya selama ini.

Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra disapa sebagai Dr. Maza berkata, pihak Jabatan Mufti Perlis sedang mengaturkan satu dialog terbuka dengan Siti Kasim.

“Ramai yang gelisah dengan cara dan apa yang dilakukan oleh seorang yang dikenali dalam media sebagai Cik Siti Kasim. Sikap beliau membimbangkan banyak pihak.

“Atas asas pendekatan yang matang dan ilmiah, pihak saya dengan kerjasama One Centre Malaysia, Perlis dan Badan Peguam Perlis sedang mengatur satu dialog terbuka.

“Ia berkaitan isu Islam di Malaysia antara Ustaz Salman Ali dan Cik Siti Kasim,” kata Dr. Maza menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya pada Khamis.


Dr. Maza berkata, tarikh dan tempat dialog tersebut akan dimaklumkan kemudian sambil berharap agar ia dapat direalisasikan.

“Tolong doakan agar dialog terbuka ini berjaya dilaksanakan nanti,” tambahnya.

Siti Kasim sebelum ini dilaporkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi terutama membabitkan isu Islam. – mStar Online

Kategori